Tuesday, November 18

Ya Allah... Aku TaKuT....

Bile cuti duk umah ni, saya suka cari buku2 di rak buku umah ni... jika ade buku yang saya belom bace, bole la saya isi mase lapang, klu tak, rase bosan pulak.... Dah lame tak balik umah... Rupa2nya byk buku saya blom bace...huhu....

Ade novel... ni mesti adik saya punya, die mmg peminat novel... Novel b'tajuk "Hatiku Di Harajuku" tercatat tarikh bile dibeli... 5 nov 08... baru lg... tapi terpandang buku yg tersusun bersebelahan... Saya rase mcm
best jer... so, saya baca buku tu,"KusyuK dalam SoLat"....

Photobucket
ni lah bukunye....=)

Pe yang saya ingin beritahu... memang bagus buku itu untuk dimiliki oleh kite sume... saya belom abis bace lg... masih dalam proses... dengan susunan ayat buku itu, berserta juga ngan firman Allah dan hadis... tapi mmg memberi keinsafan kepada diri ini...

Walaupun, nampak remeh... tajuk Solat.. tajuk yg sangat2 familiar kpd kite sume... dari sekolah tadika, rendah dan jugak menengah... solat adalah perkara biasa didengar...
tetapi solat la adalah tiang agama... kalau runtuh 5 batang tiang dalam diri kita, maka pada logiknya akan runtuhlah agama kita. Runtuh agama, runtuhlah negara.... Cuba la kite merenung... berapa banyakkah kezaliman yang sedang berlaku? Setiap hari akhbar2 melaporkan kemungkaran yang berlaku di mana2 sahaja...

Jaminan ini terkandung di dalam maksud ayat Allah yg berbunyi :
"Sesungguhnya, solat itu boleh mencegah segala perbuatan keji dan mungkar"

Demikian juga dgn jaminan ketenangan. Sabda Nabi SAW yg bermaksud:
"Sesungguhnya sembahyang itu adalah ketenangan hati dan kerendahan diri dan permohonan jiwa, dan anda mengangkat kedua belah tanganmu dan berkata : Ya Tuhanku, ya tuhanku! Barang siapa tiada melakukan serupa itu maka sembahyangnya tidak sempurna."...

Jadi, sangatlah bertepatan dengan hadis itu... sungguh banyak masalah keruntuhan akhlak yg telah belaku dan tidak tau bile sume ini berakhir...

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya :

"Berapa banyak org yg mendirikan solat, tetapi yg diperolehinya hanya penat dan letih, kerana mereka itu lalai dalam solatnya".

Hadis tersebut menggambarkan betapa banyak solat yang didirikan oleh seseorang itu, tetapi malangnya ia tidak memperolehi pahala melalui solatnya itu. Sebaliknya oleh kerana mereka lalai ketika solat maka Allah SWT menjanjikan balasan api neraka pula kepadanya.

Firman Allah yg bermaksud:

"Maka celakalah bagi org2 solat, (iaitu) org2 yg lalai dan solatnya."

(surah al-Ma'un, ayat 4-5)

Bila saya membaca buku ini, rasa insaf sungguh... cubala kita muhasabah, sebanyak manakah kita dirikan solat dalam keadaan kusyuk???

"Ya Allah... Ampunkanlah dosa2 ku... Hanya kepadaMu aku bergantung harap"....

Marilah kita sama2 memperbaiki diri kearah kebaikan... Solat seseorang yg dalam keadaan lalai sesungguhnya tidak mempunyai sebarang nilai kebaikan di sisi Allah SWT.... Kusyuk menjadi syarat sama ada solat seseorang akan diterima oleh Allah SWT, jika kusyuk tidak wujud dlm diri org yg menunaikan solat, maka ruang kosong itu pasti terisi dgn sifat lalai. Org yg lalai tidak akan merasai keagungan Allah SWT, sekalipun lidahnya mengucapkan pelbagai kalimah yg mengandungi segala puji-pujian t'hadap Allah SWT.

Segala puji yg ditujukan kpd Allah SWT
bukan shj melalui ucapan lisan, tetapi juga dgn bahasa hati. Apabila hati lalai ia akan menjadi hijab yg menghalang seseorang itu utk menghampiri Allah SWT, meskipun Allah SWT menyatakan bhw ia lebih hampir dgn urat marekh seseorang...

Peringatan ini saya tujukan kepada smua sahabat dan tuk diri ini juga yg sentiasa alpa... Saya cuma hurai sedikit sahaja drp pembacaan saya... Saya berharap sahabat2 juga dpt membeli sebuah buku itu tuk sebagai koleksi peribadi bukan hnya utk simpanan tetapi sebagai panduan di samping dpt memberi peringatan kepada diri....

2 comments:

seorang muslimah said...

sue..ni artikle sue sendiri ye?
masyaallah!
tahniah sue!
bagus sekali.
lin ntah bile ntah nak wat post berkaitan pemikiran begini..
selalu merapu jer post lin..huhu.
buku ni,alhamdulillah, ada..hadiah dr seorg kawan..
betul..buku ini bagus..
lin nak cadangkan sebuah buku lain..
iaitu bio-Mekanik SOLAT oleh, Dr. Yusuf Abbas.
pun bagus juga..
lin lebih byk praktik tips dr buku ni..utk capai khusyuk..
wallahu'alam.

p/s:pape pn, thanks view blog lin :)

mujahidah_1505 said...

lin... su hurai sket2 jer.. su x reti sgt nak wat article sndiri lg... byk lg kena blajo...huhu... sume firman n hadis tu su amik dr buku tu...

insyaallah, nnti su try cari buku yg lin syorkan tu...

p/s: same2... best la blog lin tu... truskan m'blog...=)

Related Posts with Thumbnails