Thursday, December 31

Kita melangkah lagi...


Hari ni merupakan hari terakhir kita berada dalam tahun 2009. Esok kita akan melangkah ke tahun 2010 dan malam ini juga ramai yang akan menyambut tahun baru yang bagi sesetengah orang amat2 lah bermakna. Kadang2, diri ini berasa pelik, apa yang membuatkan seseorang itu berasa bermakna sangat dalam melangkah ke tahun baru dengan mengadakan sambutan yang kadang2 amat melampau dan memalukan.

Tiadalah salah apabila ingin menyambut tahun baru ini jika tidak melampaui batas. Alangkah sedihnya apabila yang kebanyakkan yang terlibat adalah saudara2 kita yang hanyut dengan dunia ciptaan syaitan. Lebih2 lagi jika umur masih mentah yang terlibat tetapi hidupnya amat2 la jauh daripadaNya. Sedangkan umur yang masih muda inilah hendaklah digunakan sebaik-baiknya. Apabila umur muda ini disalah gunakan, menyebabkan ia tersangatlah rugi. Dengan gejala sosial yang semakin menjadi2 amat membimbangkan. Amatlah baik sekiranya sambutan tahun baru ini dibatalkan dan diganti dengan program2 yang lebih ilmiah yang dapat menyedarkan anak2 muda kita. Ingin sekali saya melihat di tanah air ini menyambut tahun baru tanpa gejala sosial yang amat mendukacitakan ini.

Sebenarnya amatlah bermakna juga menyambut tahun baru ini kerana masing2 akan memasang azam ketika menjelang tahun baru. Bagus juga sekiranya azam itu ke arah kebaikan. Walaupun hakikatnya kita hendaklah sentiasa memasang azam setiap hari kerana umat islam hendaklah sentiasa lebih baik daripada semalam dan esok lebih baik daripada hari ini. Hidup ini seharusnya sentiasa ada pembaikan. Itulah sebaik-baiknya.

Melangkah tahun baru bukan bermakna segala sejarah @ pengalaman yang telah kita lakarkan pada tahun sebelum2nya dilupakan. Ini kerana sejarah itu amat bermakna untuk dijadikan panduan pada masa hadapan. Andai diri pernah mengecapi kejayaan, kekalkanlah kejayaan itu. Andai diri pernah mengalami kegagalan, janganlah kita meratapi kegagalan itu. Ini kerana semuanya adalah ujian Allah yang memang tidak dapat dijangkakan oleh kita. Ini semua untuk menjadikan diri kita lebih matang dan lebih bersedia kerana pengalaman telah banyak mengajar diri kita untuk menghadapi sebarang cubaan. Jatuh dan bangun sudah menjadi lumrah dalam kehidupan ini. Hidup ini amat indah jika segalanya kerana Allah.

Ayuhlah, marilah kita menyambut tahun baru yang berlandaskan syariat. Tahun baru bukannya disambut dengan hiburan yang melalaikan tetapi marilah kita bermuhasabah apa yang telah kita lakukan sepanjang 2009 ini. Adakah tahun 2009 lebih baik daripada 2008? Ataupun tahun makin bertambah tetapi diri masih sama, tiada peningkatan langsung?

0 comments:

Related Posts with Thumbnails