Saturday, December 12

Air Mata WaniTa


Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, "Ibu, mengapa ibu menangis?"
Ibunya menjawab, "Sebab ibu adalah perempuan, nak."
"Saya tidak mengerti ibu," kata si anak.
Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kau memang tak akan mengerti…"
Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. "Ayah, mengapa ibu menangis?"
"Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas," sang ayah menjawab. "Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan."

Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, "Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?" Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar jawapannya:

"Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama. Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

"Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.

"Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

"Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.

"Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.

"Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukannya tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak.

"Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

"Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah "air mata kehidupan."

-----------------------------------------------------------------

Sabda Rasulullah saw..
“Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah. Pada siapakah aku mesti berbuat baik? Jawab Rasulullah, ibumu, kemudian ibumu , kemudian ibumu, kemudian bapamu"(Sunan Abu Dawud: hadis 2438.)

p/s: Anakmu ini amat menyayangimu ibuku.. Terima kasih atas kasih sayangmu. Doakan moga dewasaku setabahmu bila bergelar ummi kelak.
Teringat pesanan ibu ana yang tersemat kemas di hatiku..



~"Ya Allah, kasihanilah kedua orang tuaku sebagaimana mereka mengasihaniku sewaktu aku masih kecil. Ameen"~

diambil daripada http://khoirun.blogspot.com

6 comments:

.:: MuJahiDaH ::. said...

KaSiH IbU HiNGGa kE SyUrGa KaSiH AyAh tIaDa pEnGHuJuNgnYa...

saya sayang mak, saya sayang ayah jugak... :)

Anonymous said...

Bagi para suami, jgn kerna isterimu, kamu sanggup mengguris hati ibu bapamu.. Sayangilah mereka semua.. Tetapi utamakanlah mereka mengikut keutamaan yg Islam gariskan..

Anonymous said...

Buat para isteri, gembirakanlah hati ibu suamimu kerna ia akan mengembirakan hati suamimu.. Semakin gembira hati ibu suamimu, gembira jugalah hati suamimu itu.. Lantas kamu juga akan turut bahagia..

.:: MuJahiDaH ::. said...

to anonymous~

mendalam kata2 tu... Suami isteri mestilah menyedari dan merasai bahawa
mereka memikul amanah dan tanggung jawab dgn memainkan peranan masing2. Dua2 kena fahami dan patuhi ketetapan dan garis panduan yg islam ajar agar dpt menjalani rumah tangga yg sakinah, mawaddah warahmah...

Anonymous said...

Saya seorang isteri yg telah berumahtangga 2 tahun 1 bulan.Suami sy seoarng yg baik,kuat pegangan agama,& bertanggungjawab.Tetapi beliau teramat tegas.Kalo satu keputusan yg dibuat, maka itulah yg dilaksanakan.Walobgaimanapun,keputusannya setakat ini tiadalah yg menyalahi syara'.Cumanya kdgkala beberapa kali keputusannya bertentangan dgn kehendak ibu bapa sy.Tetapi setahu sy, sy wajib mentaati suami selagi beliau tak suruh sy melakukan maksiat.Sy telah beberapa kali meminta maaf dgn kedua ibu bapa sy kerna terpaksa mentaati suami berbanding kedua ibu bapa sy.Namun,ibu sy slps itu mula terasa hati dan perkataanya mula menunjukkan beliau tak sukakan suami sy.Ibu sy mahukan sy & suami berada disampingnya sekerap yg boleh.Tetapi suami sy masih ada ibu bapa dan kami lebih kerap berada di rumah ibu bapanya.Sy berasa megitu sukar sekali m'hadapi situasi ini kerana sy percaya yg suami sy adalah insan yg plg berhak sy muliakan slps Allah & rasul.Dlm masa yg sama sy amat sayangkan kedua ibu bapa.Sy pernah bergaduh dgn suami tentang ini, tetapi hati kecil sy tahu yg beliau memang berhak ke atas sy, dan ibu bapanya pula amat berhak ke atas beliau..Lantas,sy akan terus meminta maaf semula dgn suami..Sy tak akan gelisah jika ibu sy tak menunjukkan perasaan tak puas hatinya.Tapi smpai skang ibu masih protes pasal hal ini.Situasinya, kami tetap blk ke rumah ibu sy..Cuma nisbahnya kpd berada di rumah suami mgkin lbh cket..Lbh kurang 30% saja sy berada di rumah ibu sy, selebihnya kami akan berada di rumah ibu bapa suami sy..Rumah suami sy cuma bersebelahan dgn rumah ibu bapanya.Jd, setiap hari boleh dikatakan sy akan pergi juga ke rumah mertua sy..Mcm mana sy nk hadapi situasi sebegini dgn lebih tenang???

.:: MuJahiDaH ::. said...

to anonymous... saudari, syukran sudi ziarah ke cni...

Mula2, t'kejut juga menerima comment yg agak pjg ni. Pepon, sy amat b'besar hati krn saudari sudi b'kongsi mslh saudari. Utk pengetahuan saudari, sy seorg pelajar final year yg sdg habiskan degree dan juga masih blom berumah tangga. Saya rasa mmg x layak utk m'beri pndangan dgn ilmu yg sgt cetek ini. Tetapi, saya jwb b'dasarkan p'bincangan dgn sahabat saya yg telah brumah tangga. Drp p'bincangan ini, sy dapat rumuskan...

1)Sebenarnya saudari amat beruntung krn dijodohkan suami yg baik,kuat pegangan agama,& bertanggungjawab.

2)Saudari juga masih bpeluang tuk m'jenguk ibu bapa saudari lg. Bukannya langsung tidak dapat b'jumpa. Di sini, saudari kena la beri p'jelasan dgn lemah lmbut atau dgn kata lain memujuk mereka supaya mereka dpt memahami keadaan saudari. Seorang anak mesti tau nak memujuk ibu bapanya.. Seorang isteri mestilah kena taat kpd suaminya kan. Sebenarnya saudari, byk je cara lain tuk mnunjukkan kasih syg kpd ibu bpa. Tidak smestinya, slalu balik baru mnunjukkan kasih sayang @ b'bakti kpd ibu bpa. Pepon, berdoa selalu moga ibu bapa sntiasa dlm keredhaannya. Pepon, sy bukan b'mksud bila b'kawin, ibu bapa kita diabaikan. Semuanya b'gantung kpd keadaan. Walaupon sy blom berumah tangga, tapi saya phm... kasih sayang kpd ibu bapa kita mmg x berbelah bagi yg telah byk berkorban tuk m'besarkan kita selama ni..

3)Pepon, sy doakan moga saudari sntiasa ikhlas,redha dan sabar dlm m'jalani tanggungjwb sbg seorang isteri. Apabila dilakukan dgn ikhlas, insyaallah hati akan sentiasa tenang.. "Hidup Utk Memberi"

p/s: just memberi pandangan...
kalo ada salah tlg betulkan... doakan sy moga dip'temukan jodoh yg baik dan dpt m'bimbing sy ke arah jln yg diredhai Allah..insyaallah.

Related Posts with Thumbnails