Saturday, December 12

Kasihan???

Bosannye...
banyak keje...
Tensennye...
Tak tahu nak start benda ni...
Tak tahu nak buat...
sakit kepala...
Tiada idea...
Apabila serba tidak kena dan tidak tahu nak buat ape....

akhirnya....


zzZZzzzz......

Rindu kat blog ni...hehe... bosan2, jenguk lah blog ni... walaupon tiada idea nak tulis entri ape... kasihan kan? ermm... kasihan... orang hanya mampu menyatakan perkataan tu untuk menunjukkan rasa simpati. Tetapi saya tak menagih simpati orang lain kepada diri ini. Walaupon, saya rasa mmg sgt2 kasihan kepada diri sendiri tetapi saya lagi mengharapkan Allah kasihani diri ini supaya saya dapat menjalani kehidupan dengan baik.

Apalah sangat kasihan ini pada diri saya jika dibandingkan dengan orang yang betul2 berada dalam keadaan yang sangat kasihan. Janganlah berasa kita sahaja yang berada dalam kesusahan. Saya ada mak, ayah, adik2, mak sedara, ayah sedara, sepupu, dan kawan2 yang baik2... sedangkan ada yang tiada mak, ayah, adik beradik dan sedara mara. Maksudnya saya masih beruntungkan? kamu pun masih beruntung kerana kamu juga masih ada insan yang sangat ambil berat mengenai diri kamu. Tetapi bagi yang sudah kehilangan orang2 tersayang, janganlah kamu bersedih kerana Allah sentiasa dekat dengan kita. Selangkah kita menghampiriNya, 1000 langkah Dia menghampiri kita. Hanya ALlah yang berhak memberi ketenangan dan kebahagiaan yang hakiki.

Apabila semuanya serba tidak kena,
dan kita tidak tahu apa lagi yg hendak dibuat,
ingatlah..

kita masih boleh bersandar kpd Dia Yang Maha Mengasihi

Apabila hidup dselubungi kegelapan,
semuanya silap ,

carilah sinar itu dari Dia Yang Memberi Cahaya

Apabila dibelenggu masalah sedangkan tiada sesiapa pun yang mahu mengambil kisah,
ingatlah pada Dia yg tidak pernah melukakan hatimu.
Dia Yang Maha Adil


Apabila hati terluka dan kesakitan itu menumbangkan kudratmu,
jangan berputus asa kerana Dia melihat segala-galanya..

Apabila lemah tidak bermaya sedangkan perjalanan masih jauh perlu diharungi,
carilah kekuatan itu dari Yang Maha Perkasa

Apabila hidup ini dirasakn seperti beban,
segala-galanya goyah,

bangunkan semula kota semangat itu dengan keyakinan bahawa itu adalah iradat-Nya..

Apabila jalan di depan digelapi kelam mendung
sedangkan tiada sesiapa di sisi sudi menemanimu,

carilah jalan lurus itu dari Dia,
yang menjadi satu-satunya panduan hidup


Apabila semua orang di sekeliling
tidak mahu mendengar suara dan keluhanmu,

jangan kecewa kerana Dia Maha Mendengar

Apabila miskin dan papa,
kita terperangkap dalam kesempitan,

ingatlah kepada Dia Yang Maha Kaya..

Apabila kita dalam kedukaan sedangkan tiada tempat untuk melarikan diri,
mengadulah kepada Dia Yang Maha Esa

Apabila keseorangan dan kedukaan itu seperti tiada penghujungnya,
serahkan dirimu kepada Dia..
satu-satunya tempat yang boleh digantungkan harapan nyata.

Apabila parut lukamu dicederakan lagi,
hatimu dicakari kebimbangan,

ingatlah bahawa Dia sentiasa bersama orang-orang yang sabar!

0 comments:

Related Posts with Thumbnails