Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana diri ini masih berkesempatan untuk menyambut bulan yang penuh barakah ini. Hari ni sudah masuk 2 Ramadhan 1430H, sebulan berada dalam bulan Ramadhan ini pasti akan berlalu begitu cepat tanpa kita sedari. Walaubagaimanapun, moga kita semua diberi kekuatan untuk beribadat sebanyak2nya di bulan penuh barakah ini kerana diberi ganjaran yang sangat banyak oleh Allah kepada hambaNya. Mungkin di bulan ini, tak dapat tidak menuntut kita untuk menguruskan banyak benda. Saya juga antara insan yang mengalaminya. Moga setiap kesusahan pasti ada kesenangan. Insyaallah...
Sunday, August 23
Friday, August 14
.....
Tiada apa yang menarik ingin dicoretkan... saya juga tidak tahu ape tajuk sesuai untuk entry kali ni... cuma agak terkedu apabila tengah hari semalam mendapat SMS drp sahabatku, hana mengenai kembalinya Ustaz Asri ke rahmatullah, vokalis kumpulan nasyid tanah air yang sangat2 saya minati. Bagi saya kumpulan nasyid Rabbani adalah sangat unik. Memang lain daripada kumpulan nasyid yang lain. Lagu2 nasyid kumpulan ini yang menjadi teman kepada diri ini apabila inginkan sedikit hiburan dikala sedih atau gembira kerana lagu2nya sungguh banyak terselit nasihat...
Wednesday, August 12
Debu - Debu Dosa
Debu - Debu Dosa
Album : Damai
Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid.com
Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid.com
Ke arah mana halanya
Bagi insan yang terleka
Mengejar nikmat dunia
Bagaikan hidup selamanya
Tak peduli dosa noda
Seksa azab neraka
Hidup jauh dari rahmatNya
Terpedaya pada dunia
Pentas ciptaan manusia
Terlupa pada segala
Mengikut nafsu semata
Membiar syaitan beraja
Di hati dan juga jiwa
Mengejar dunia penuh debu dosa
Saturday, August 8
Insafi Hikmah Musibah
Sejak kebelakangan ini, berita mengenai kematian berpunca daripada H1N1 semakin meningkat dari semasa ke semasa. Entry pada kali ini bukannya ingin menambah lagi langkah2 untuk mencegah penularan wabak tersebut. Saya lihat sudah bermacam2 langkah yang diwar2kan oleh Kementerian Kesihatan. Tetapi saya ingin mengajak sahabat2 merenung musibah yang sedang berlaku di tanah air yang tercinta ini. Sudah menjadi keyakinan setiap Muslim yang beriman bahawa setiap rahmat dan musibah, kejayaan dan kegagalan, keuntungan dan kerugian dan sebagainya adalah daripada Allah.
Saturday, August 1
Kini GiLiRaN KaMi...=(

Subscribe to:
Posts (Atom)