Sunday, August 23

AhLan WasahLaN Ya RamaDHaN aL-MubaRaK...

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana diri ini masih berkesempatan untuk menyambut bulan yang penuh barakah ini. Hari ni sudah masuk 2 Ramadhan 1430H,  sebulan berada dalam bulan Ramadhan ini pasti akan berlalu begitu cepat tanpa kita sedari. Walaubagaimanapun, moga kita semua diberi kekuatan untuk beribadat sebanyak2nya di bulan penuh barakah ini kerana diberi ganjaran yang sangat banyak oleh Allah kepada hambaNya. Mungkin di bulan ini, tak dapat tidak menuntut kita untuk menguruskan banyak benda. Saya juga antara insan yang mengalaminya. Moga setiap kesusahan pasti ada kesenangan. Insyaallah...

Read more

Friday, August 14

.....

Tiada apa yang menarik ingin dicoretkan... saya juga tidak tahu ape tajuk sesuai untuk entry kali ni... cuma agak terkedu apabila tengah hari semalam  mendapat SMS drp sahabatku, hana mengenai kembalinya Ustaz Asri ke rahmatullah, vokalis kumpulan nasyid tanah air yang sangat2 saya minati. Bagi saya kumpulan nasyid Rabbani adalah sangat unik.  Memang lain daripada kumpulan nasyid yang lain. Lagu2 nasyid kumpulan ini yang menjadi teman kepada diri ini apabila inginkan sedikit hiburan dikala sedih atau gembira kerana lagu2nya sungguh banyak terselit nasihat...
Read more

Wednesday, August 12

Debu - Debu Dosa


Debu - Debu Dosa

Album : Damai
Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid.com 



Ke arah mana halanya
Bagi insan yang terleka
Mengejar nikmat dunia
Bagaikan hidup selamanya
Tak peduli dosa noda
Seksa azab neraka
Hidup jauh dari rahmatNya

Terpedaya pada dunia
Pentas ciptaan manusia
Terlupa pada segala
Mengikut nafsu semata
Membiar syaitan beraja
Di hati dan juga jiwa
Mengejar dunia penuh debu dosa

Read more

Saturday, August 8

Insafi Hikmah Musibah

Sejak kebelakangan ini, berita mengenai kematian berpunca daripada H1N1 semakin meningkat dari semasa ke semasa. Entry pada kali ini bukannya ingin menambah lagi langkah2 untuk mencegah penularan wabak tersebut. Saya lihat sudah bermacam2 langkah yang diwar2kan oleh Kementerian Kesihatan. Tetapi saya ingin mengajak sahabat2 merenung musibah yang sedang berlaku di tanah air yang tercinta ini. Sudah menjadi keyakinan setiap Muslim yang beriman bahawa setiap rahmat dan musibah, kejayaan dan kegagalan, keuntungan dan kerugian dan sebagainya adalah daripada Allah. 


Read more

Saturday, August 1

Kini GiLiRaN KaMi...=(

"Salam... Su, UMP cuti seminggu...hehe..." Tu la mseg yang saya terima daripada rumate saya. Kebetulan dia sudah pulang ke rumahnya di Alor Gajah petang semalam untuk menghabiskan cuti hujung minggunya, tetapi akhirnya dia dpt extend cutinya....huhu... Macam tidak percaya pula dapat cuti.. huhu... ye la, sebab saya memang berharap sangat2 UMP takkan tutup seperti universiti2 lain kerana saya tidak mahu mengorbankan cuti mid sem saya yang dijadualkan combine dgn cuti sambutan Hari Raya Aidilfitri bermula 12-27 Sept 2009... Tapi nak buat macam mana, redha jelah... terpaksalah saya menyambut Hari Lebaran seperti sebelum2 ni. Balik ke rumah apabila bulan Ramadhan berbaki hanya beberapa hari... paling lama pon, 2 hari... Kemudian, menyambut Hari Raya beberapa hari... paling lama pon, 4 hari... [sedihnya....:( ]

Read more
Related Posts with Thumbnails