Sunday, August 23

AhLan WasahLaN Ya RamaDHaN aL-MubaRaK...

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana diri ini masih berkesempatan untuk menyambut bulan yang penuh barakah ini. Hari ni sudah masuk 2 Ramadhan 1430H,  sebulan berada dalam bulan Ramadhan ini pasti akan berlalu begitu cepat tanpa kita sedari. Walaubagaimanapun, moga kita semua diberi kekuatan untuk beribadat sebanyak2nya di bulan penuh barakah ini kerana diberi ganjaran yang sangat banyak oleh Allah kepada hambaNya. Mungkin di bulan ini, tak dapat tidak menuntut kita untuk menguruskan banyak benda. Saya juga antara insan yang mengalaminya. Moga setiap kesusahan pasti ada kesenangan. Insyaallah...

Walaubagaimanapon, kedatangan Ramadhan Al-Mubarak sangat2 saya nantikan. Siapa tahu inilah Ramadhan saya yang terakhir... Marilah kita sama2 meningkatkan amal ibadah kepada Allah di bulan yang mulia ini selagi diberi nikmat untuk merasai kehidupan di dunia ini.



"AhLaN WaSaHLaN ya RaMaDHan Al-MuBaRaK... moga madrasah ramadhan mentarbiyahkan kita yang lemah ini... insyaallah... "

P/s: Sedekahkan Al-Fatihah untuk ayah kepada classmateku, husni yang telah kembali ke rahmatullah semalam. Moga beliau sekeluarga tabah untuk menempuh dugaan di bulan yang mulia ini. Daripada Allah kita datang, kepada Allah jualah kita kembali...

0 comments:

Related Posts with Thumbnails