Saturday, November 7

Exam oOo Exam...



Study week makin hampir sampai ke penghujungnya. Perasaan takut makin terasa... huhu... begitulah selalu perasaan ini bila hampir tiba exam... Ya Allah, tenangkanlah hati ini, berikanlah aku kekuatan dan permudahkanlah urusanku di hari peperiksaan nanti. Insyaallah... [ Su... GaMBaTTe!!!! ] 
 
Sebagaimana seorang pahlawan mempertajamkan bilah pedang dan menyediakan baju besinya untuk menghadapi peperangan, begitulah juga kita sebagai seorang pelajar, menajamkan mata pensel dan berusaha gigih mengulangkaji pelajaran, demi mencapai kekuatan ilmu dan thaqafah. Seandainya kita memahami tuntutan ini, maka akan lenyaplah rasa hilang keyakinan dalam diri serta rasa lemah, kerana sesungguhnya, kita benar-benar memahami tugas dan tanggungjawab kita sebagai seorang Muslim sejati, iaitu berusaha melengkapkan diri dengan kekuatan yang dituntut Allah S.W.T.

Walaubagaimanapun, kita hanya mampu berusaha dan segala natijah ditentukan oleh Allah. Setiap hasil yang kita perolehi adalah milik Allah. Siapalah kita untuk mempersoalkannya. Seandainya kita telah berusaha sedaya upaya, dan Allah menetapkan kesudahan yang bertentangan dengan kehendak kita, maka sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mengetahui hikmah di sebaliknya.


" Ya Allah, andai kegagalan kami menjadi fitnah pada agamaMU maka cemerlangkanlah kami dalam setiap perbuatan, Andai kejayaan kami membawa kami jauh dari Islam maka, ENGKAULAH yang berhak menentukannya. Kerana kami mengimani apa yang kau takdirkan, tiadalah sia-sia melainkan ada hikmah yang belum tersingkap nilainya... Amin..."



Buat semua sahabat2 ku tidak kira di mana berada... especially classmateku [dak2 BEE], rumateku dan sahabat2 UMP [mantan2 MT & Exco Kelab Keusahawanan (KAWAN), adik2 aka MT & Exco KAWAN'09, dan semua warga UMP], ex-SKP, ex-SHAMS, ex-KMM... Selamat bermujahadah dalam menghadapi final exam dan semoga segala urusan kita dipermudahkan.... insyaallah...


Tarikh2 penting bagiku:
Industrial Control Technology -> 10/11/09
Automation & Robotics -> 16/11/09
Digital Signal Processing -> 20/11/09



BiTTaufiQ WanNaJah fiL ImTihaN!!!
GamBaTTE KuDaSaI!!!
CHaiYOK!!!

P/S : Jaga diri, jaga iman dan jaga kesihatan...
Jangan lupa minta doa drp kedua ibu bapa yg tercinta ^_^




0 comments:

Related Posts with Thumbnails