Friday, September 18

.:: Amalan Sunnah Sempena Aidilfitri ::.

Bahang menyambut Hari Raya makin terasa. Masing-masing sibuk untuk membuat persiapan menyambut aidilfitri ini. Walaubagaimana pun, ada baiknya sekiranya kita mengetahui apakah amalan2 yg telah diajar oleh Rasulullah s.a.w sempena menyambut ketibaan hari lebaran Aidilfitri ini.
BERTAKBIR
Bertakbir pada 1 syawal bersempena Aidilfitri merupakan suatu amalan yang disyariatkan. Takbir pada Hari Raya Aidilfitri bermula ketika terlihatnya hilal (anak bulan) dan berakhir setelah selesainya kemuncak hari raya, iaitu ketika imam selesai berkhutbah.


Firman Allah S.W.T : "Supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadhan), supaya kamu membesarkan Allah (dgn bertakbir) kerana telah memberi petunjukNya kepada kamu dan supaya kamu bersyukur." Surah al-Baqarah:185

Adalah juga disunnahkan utk kita bertakbir di spjg perjalanan dari rumah kita menuju ke masjid utk menunaikan solat Aidilfitri. Menurut Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani r.h: "Mengenai syariat bertakbir (pada hari raya Aidilfitri) yg perlu dilakukan oleh kaum muslimin ialah bertakbir dgn suara lantang ketika dlm perjalanan menuju ke tempat solat walaupun kebanyakkan umat Islam mula memandang remeh sunnah ini."

LAFAZ UCAPAN SELAMAT PADA HARI RAYA AIDILFITRI

Majoriti amalan umat Islam di Malaysia akan mengucapkan antara satu sama lain pada hari lebaran dgn ucapan "Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin". Namun, apa yg lebih bertepatan dgn amalan para salafussoleh dlm meneladani sunnah Nabi s.a.w adalah sebagaimana yg diceritakan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani r.h yg dinukilkan drp Jubair bin Nufail r.a katanya: "Apabila para sahabat Rasulullah s.a.w bertemu di hari raya, sebahagiaan mereka mengucapkan kepada yg lain "taqabbalullah minna waminka" (Semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu)".

MENERUSKAN QIAMULLAIL
Jika sepanjang bulan Ramadhan kita telah bersungguh2 menghidupkan mlm kita dgn pelbagai ibadah terutamanya solat qiam Ramadhan (solat tarawih), hal ini harus juga kita teruskan pada hari2 berikutnya dgn mengerjakan solat tahajjud. Saranan ini tidak hanya pada malam Aidilfitri tetapi semangat mengerjakan qiyam Ramadhan (solat tarawih) haruslah diteruskan dgn mengerjakan qiamullail pada hari2 berikutnya sesudah bln Ramadhan.

MANDI PADA PAGI HARI RAYA
Disunnahkan mandi di pagi hari raya sebagaimana mandi wajib, iaitu sebelum berangkat menuju ke tempat perlaksanaan solat Aidilfitri. Ali bin Abi Talib r.a pernah bertanya mengenai mandi setiap hari? Beliau menjawab:
"Tidak harus melakukannya. Namun, mandi yg diharuskan ialah mandi di hari Jumaat, hari Arafah, hari Aidiladha dan Aidilfitri.

MAKAN SEBELUM SOLAT AIDILFITRI
Disunnahkan kaum Muslimin menjamah makanan sebelum berangkat menunaikan solat Aidilfitri. Perbuatan ini bertujuan menutup segala andaian bahawa dibenarkan berpuasa pada hari raya. Menurut al-Mahallah r.h: "Mengenai hikmah menjamah makanan sebelum mengerjakan solat hari raya adalah agar seseorang tidak berpendapat bahawa dia boleh berpuasa sehingga solat hari raya Aidilfitri dilaksanakan. Seolah-olah Rasulullah s.a.w ingin menutup prasangka semacam ini." Kebiasaannya, Rasulullah akan memakan kurma dlm jumlah yg ganjil pada pagi hari raya. Namun, jika tidak memiliki kurma maka dibolehkan utk mengisi perut dgn makanan lain terutamanya makanan yg manis2 spt madu. Sekiranya tidak ada makanan sama sekali, memadai dgn hanya meminum air.

MEMAKAI PAKAIAN YANG INDAH
Disunnahkan kaum Muslimin menghiaskan diri dgn pakaian yg indah2 pada hari raya. Imam Syafie r.h berkata:
"Aku lebih menyukai seseorang memakai pakaian terbaik yg dimilikinya pada hari2 raya, iaitu pada hari Jumaat, dua hari raya (Aidiladha dan Aidilfitri) dan tempat diadakan majlis (spt majlis perkahwinan). Dia hendaklah memakai baju yg bersih dan memakai wangi-wangian."

MENGERJAKAN SOLAT AIDILFITRI

Di antara syiar yg paling utama dlm menyambut Aidilfitri adalah melaksanakan solat Aidilfitri sbyk 2 rakaat oleh seluruh umat Islam.

BERGEMBIRA PADA HARI RAYA AIDILFITRI

Islam adalah agama yg begitu praktikal lagi munasabah. Setelah sebulan umat Islam memberi tumpuan sepenuhnya untuk beribadah kpd Allah, maka kini tiba masanya utk menyambut kejayaan itu dgn kegembiraan dan kemeriahan. Oleh itu, usaha2 utk menimbulkan suasana kegembiraan di dlm keluarga masing2 pada hari raya Aidilfitri adalah sebahagiaan daripada syiar Islam.


MENGERJAKAN PUASA SUNAT ENAM
Sabda Rasulullah s.a.w : "Sesiapa yg berpuasa pada bulan Ramadhan lalu diiringi dgn puasa enam hari di bulan Syawal, seolah-olah dia telah berpuasa setahun" Hadis riwayat Muslim

Inilah sebahagian drp amalan2 yg disunnahkan ketika menyambut hari raya Aidilfitri menurut Al-Quran dan As-Sunnah yg sepatutnya dijadikan contoh ikutan bagi seluruh umat Islam. Mudah-mudahan, sambutan hari raya Aidilfitri yg akan menjelma nanti disambut dgn penuh keikhlasan, kemeriahan dan selari dgn perintah Allah serta rasulnya s.a.w.


p/s : Di sini saya ingin ambil kesempatan mengucapkan "Taqabbalullah minna waminka" kepada semua. Kepada yang akan pulang ke kampung halaman, berhati2 di jalan raya dan moga selamat sampai ke destinasi yg dituju. Dan tidak lupa juga kepada yg berada di perantauan, moga kalian dapat raikan hari kemenangan dgn penuh kesyukuran. Insyaallah...

0 comments:

Related Posts with Thumbnails