Sunday, September 27

PuTeRa PuTeRi....

Putera Puteri(feat: Hisyam)
Album : Nur Insani
Munsyid : Inteam
http://liriknasyid.com


Engkau bagaikan mutiara berharga
Dalam sepi kau penyeri
Dalam duka kau penawar
Hadirmu menyinari rumahtangga

Mengapa harus derita yang kau cari
Maruah kau pertaruhkan
Masa depan kau gadaikan
Mengalir airmata ayahbonda
Read more

Saturday, September 26

Ketenangan...

Jiwa orang selalu ingat Allah sentiasa bening, tenang walaupun banyak masalah hidup...


ORANG dalam hatinya terpancar keimanan kukuh, akan selalu giat berusaha sepanjang langkah usianya untuk bertaqarub kepada Allah kerana didorong rasa cinta mendalam terhadap-Nya. Kasih sayang dan kecintaan kepada Allah menjadikan seseorang itu sentiasa rindu pada-Nya.

Ibarat seorang anak muda sedang mabuk asmara, selalu terkenang-kenang si buah hatinya. Orang yang beriman, ingatannya tetap bergetar tulus kepada-Nya tanpa mengira waktu dan tempat. Bagi mukmin sejati, zikir dan hati adalah satu nyawa, tidak boleh dipisahkan.

Ia ditegaskan Ibn Taimiyah: “Zikir bagi hati adalah umpama air bagi ikan, bagaimana keadaan ikan apabila berpisah daripada air?”
Read more

Friday, September 18

.:: Amalan Sunnah Sempena Aidilfitri ::.

Bahang menyambut Hari Raya makin terasa. Masing-masing sibuk untuk membuat persiapan menyambut aidilfitri ini. Walaubagaimana pun, ada baiknya sekiranya kita mengetahui apakah amalan2 yg telah diajar oleh Rasulullah s.a.w sempena menyambut ketibaan hari lebaran Aidilfitri ini.
Read more

Saturday, September 5

MaGhFiRaH...

Assalamualaikum... kaifa halukum? lame rasenye tak mencoretkan sesuatu di sini. Walaupun blog ni sepi akhir2 ni, tetapi pengunjung sentiasa ada. Kadang2, terpikir jugak siapakah yang menziarah blog ni, kenalkah kita? Siapa lagi kalau bukan sahabat2 saya kan? [perasan je tu.. isk3..] Walaupon ada pengunjung yang saya tidak kenali, tetapi apa yang pasti kita semua bersaudara... ;)


Kadang2, ape yang dicoretkan hanya enrty yang mengarut2, maafkan diri ni...  saya bukannya arif sangat untuk mencoretkan sesuatu yang begitu ilmiah kerana saya tahu kemampuan diri ni, saya rasa tidak layak. [ermm.. rendah diri sangatkah aku ni? whatever la.. pepon, ini la yg selalu saya rasa... mmg tak layak...]


Pejam celik pejam celik... akhirnya, Ramadhan makin meninggalkan kita. Sedihkah kita? saya pasti ramai yg rasa sedih kerana bulan ini bulan tarbiyah, bulan barakah, bulan mulia yang bakal meninggalkan kita tanpa mengetahui samada kita masih berkesempatan untuk menyambut bulan penuh barakah ini pada tahun depan. Adakah kita masih berpeluang utk menyambutnya??? [persoalan yang tiada jawapan... :( ] walaubagaimanapun, selagi ada kesempatan, rebutah peluang ni.


Read more
Related Posts with Thumbnails