Friday, April 3

SanTaPaN RoHaNi Isi & KuliT

21 Mac 2009 baru ni, saya b'peluang untuk menghadiri Kursus Pengurusan Jenazah anjuran Unit Silat Cekak Malaysia... penyertaan program ini adalah terbuka tuk sesiapa saje (saya bukannya ahli silat)... Walaupon, peristiwa ni sudah lame... mungkin sudah basi...huhu... tetapi saya ingin jgk menceritakan pengalaman spjg kursus tu yg brmula dr pukul 9 pg hingga 6 ptg... Banyak sungguh ilmu2 yg sy perolehi... walaupun, sume ini sudah sy pelajari semasa di madrosatii, SHAMS.... apakan daya, sy manusia yg sgt kerdil... penyakit lupa sentiasa ada pd diri ini... :(

Sebenarnya...menurut ajaran Islam, belajar Ilmu menguruskan mayat adalah fardhu ain bg tiap2 org lelaki @ permpuan yg akil baligh dan melaksanakannya fardhu kifayah...

Firman Allah:
"Tiap2 yg bernyawa pasti akan mati, sesungguhnya pahala kamu akan disempurnakan balasannya pd Hari Kiamat".

Banyak ilmu yg dicurahkan oleh penceramah, Ustaz Abdul Rahim bin Omar...dr adab ziarah org sakit sehinggalah mengebumikan mayat... Apa yg diajar bukan teori semata2... selepas abis teori, kami diajar pula cara menguruskan mayat secara praktikal... Moga segala ilmu yg diperolehi dpt diamalkan... insyaallah.. moga kita sentiasa berusaha menjadi seorang hamba yg terbaik.... Tiada apa yg lebih utama hidup di dunia ini selain m'dapat keredhaan Allah... Hidup dan matiku hanya kepadaMu Ya Allah...


Kisah yg boleh diambil iktibar tuk kita semua :



Dikisahkan bahawa sewaktu Fatimah r.a. meninggal dunia maka jenazahnya telah diusung oleh 4 orang, antara :-

1. Ali bin Abi Talib (suami Fatimah r.a)
2. Hasan (anak Fatima r.a)
3. Husin (anak Faimah r.a)
4. Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a

Sewaktu jenazah Fatimah r.a diletakkan di tepi kubur maka Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a berkata kepada kubur, "Wahai kubur, tahukah kamu jenazah siapakah yang kami bawakan kepada kamu ? Jenazah yang kami bawa ini adalah Siti Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah S.A.W."
Maka berkata kubur, "Aku bukannya tempat bagi mereka yang berdarjat atau orang yang bernasab, adapun aku adalah tempat amal soleh, orang yang banyak amalnya maka dia akan selamat dariku, tetapi kalau orang itu tidak beramal soleh maka dia tidak akan terlepas dari aku (akan aku layan dia dengan seburuk-buruknya)."

Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari siksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara semuanya :-

1. Hendaklah ia menjaga solatnya
2. Hendaklah dia bersedekah
3. Hendaklah dia membaca al-Qur'an
4. Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya.


Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :-

1. Jangan berdusta
2. Jangan mengkhianat
3. Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini)
4. Jangan kencing sambil berdiri

Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing."

Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini.

Jangan sekali-kali kita berfikir bahawa kita akan dapat menjawab setiap soalan yang dikemukakan oleh dua malaikat Mungkar dan Nakir dengan cara kita menghafal. Pada hari ini kalau kita berkata kepada saudara kita yang jahil takutlah kamu kepada Allah dan takutlah kamu kepada soalan yang akan dikemukakan ke atas kamu oleh malaikat Mungkar dan Nakir, maka mereka mungkin akan menjawab, "Ah mudah sahaja, aku boleh menghafal untuk menjawabnya."

Itu adalah kata-kata orang yang tidak berfikiran. Seseorang itu tidak akan dapat menjawab setiap soalan di alam kubur jikalau dia tidak mengamalkannya sebab yang akan menjawab ialah amalnya sendiri. Sekiranya dia rajin membaca al-Qur'an, maka al-Qur'an itu akan membelanya dan begitu juga seterusnya.


Wajiblah menjaga diri sendiri,
Menerima amanah tuhan Rabbi,
Supaya menjadi mukmin sejati,
Demi menegak Islam yg suci....

4 comments:

jura said...

xsgke sue pon join...
alhamdulillah..
sue,xmo join silat cekak ker?
best!!!

.:: MuJahiDaH ::. said...

prog tu best...mmg beri keinsafan kat diri... hmmm... kite hidup kat dnia ni sementara je, bile2 je Allah bole ambil nyawa kite...

silat cekak? bole ke jue klu su join? hoho~~

jura said...

boleh sgt2 sue..

silat cekak tersangatlah mudah,
bagi mereka yang mendapat hidayah,
sungguhpun begitu hendaklah tabah,
pasti mendapat faedah.
(slh 1 rangkap pantun silat cekak.

jom r join..sgt2 best

.:: MuJahiDaH ::. said...

ermm... susah nak wat kputusan... insyaallah, suatu hari nnt su join... klu skrg, alamatnye mmg x la kot...huhu....

pepon, moga ilmu yg jue dpt tu dpt digunakan sebaik2nya... bgus2 jue.. sue amat2 mengagumi ketabahan jue... hanya org yg bgitu tabah je dpt hadapi sume tu... bukan mudah kan?

Related Posts with Thumbnails