Sunday, November 14

Menyepi dan sabar dalam melangkah....

Assalamualaikum.... Salam ukhwah untuk sahabat-sahabat yang masih sudi menziarahi blog saya ini. Tetiba terasa serba tak kena pada diri. Terasa lama sangat tidak mencoretkan sesuatu di sini sehinggakan saya terlupa cara untuk 'mengepost' di blog ini. hmmmm..... [kena explore balik untuk menambah ilmu berblog ni... terlalu banyak benda saya belum terokai...]


Di waktu pagi yang damai ini, menambahkan lagi semangat untuk diri ini cuba mencoretkan sesuatu. Sebenarnya tiada apa pun yang menarik untuk dikongsi kepada sahabat-sahabat mengenai diri ini seperti sesepinya blog ini... huhuhu... Oleh kerana saya tak tahu untuk mencoretkan topik apa yang menarik, membuatkan saya hanya mahu coret sesuatu yang santai... mungkin hanya luahan hati di blog sendiri... hehehe... Sepinya dulu adalah kerana kesibukan menyiapkan Projek Sarjana Muda 2 (PSM 2)... Banyak pengalaman yang tersirat semasa menyiapkan PSM 2 itu... tensen, sedih, gembira, syukur... macam2 dah dirasa... Pepon, semuanya sudah berakhir kira-kira 7 bulan dahulu. Tetapi pengalaman PSM masih terbayang-bayang lagi sehingga kini menyebabkan diri ini rasa sangat2 'fobia' dengan PSM... huhuhu... sukar untuk saya luahkan di sini kerana setiap orang ada pengalaman masing-masing... apa yang pasti saya pernah 'tersungkur' dalam menyiapkan projek yang tersangatlah penting dalam pengajian saya... pepon, pengalaman yang lalu mematangkan saya dalam menghadapi 'episod' itu... "Syukur kepadaMu Ya ALlah yang telah memberi aku kekuatan dalam menghadapi segala dugaan hidup ini..."

Apabila dah tamat pengajian, kadang-kadang terasa rindu suasana di kampus. Rindu juga kepada sahabat-sahabat yang pernah bersusah senang bersama-sama. [Aduhaaiiii, rindunya aku kepada kalian semua].. Tamatnya pengajian, rupanya rasa kesenangan tidak berpanjangan... huhu... Selepas tamatnya saya Latihan Industri pada 2hb Sept baru ni sampailah sekarang, saya hanya habiskan masa di rumah. Bila la semua ni berakhir ya? Walaubagaimanapun, saya akan tabahkan diri dalam menempuh dugaan ini. Pernah juga diri ini rasa kecewa dengan kehidupan ini... Ya ALlah, ampunkanlah hambamu ini, aku insan kerdil lagi hina... Alhamdulillah, dengan kekuatan yang diberi olehNya, diri ini semakin cekal dan sabar dalam melangkah dan akan terus melangkah. Di samping sokongan keluarga dan sahabat-sahabat, apabila diri ini berduka, masih ada yang sudi memujuk diri dengan nasihat dan teguran yang berhemah, membuatkan diri ini berfikir dan terasa makin dekat kepadaNYA...

"Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah berserta orang-orang yang sabar" [Al-Baqarah :153]

Hidup bagaikan putaran alam, ada malam dan ada siang. Jika sentiasa siang, bumi akan musnah dengan kepanasan. Jika sentiasa malam, bumi akan musnah dengan kesejukkan. Begitu juga takdir Allah ke atas manusia. Ia berjalan di atas paksinya. Adakala disayangi dan dibenci, dipuji dan dihina, bahagia dan derita, dan juga hidup dan mati. Sesunguhnya di sebalik kejadian itu, ia penawar bagi hati, sebagaimana siang dan malam adalah penawar bagi bumi.

Jangan memusuhi takdir kerana ia datang daripada ALlah, ALlah tidak akan datangkan sesuatu yang menzalimi hambaNYA. Bersangka baiklah kepada ALlah yang Maha Mengetahui sesuatu perkara. Berburuk sangka pula menunjukkan hatimu kering dari mengenalNya. Musihilah dirimu sendiri kerana ia tidak memahami bahasa cinta ALlah dalam setiap takdirnya. Kamu tidak akan mengenalNya selagi engkau tidak bangun menyucikan dirimu dari lumpur dosa dan ammarah.

".... Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal itu buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui" [Al-Baqarah : 216]

"Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir (yang telah ditentukan)." [Al-Qamar : 49]


0 comments:

Related Posts with Thumbnails