Thursday, December 31

Kita melangkah lagi...


Hari ni merupakan hari terakhir kita berada dalam tahun 2009. Esok kita akan melangkah ke tahun 2010 dan malam ini juga ramai yang akan menyambut tahun baru yang bagi sesetengah orang amat2 lah bermakna. Kadang2, diri ini berasa pelik, apa yang membuatkan seseorang itu berasa bermakna sangat dalam melangkah ke tahun baru dengan mengadakan sambutan yang kadang2 amat melampau dan memalukan.

Read more

Saturday, December 12

Air Mata WaniTa


Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, "Ibu, mengapa ibu menangis?"
Ibunya menjawab, "Sebab ibu adalah perempuan, nak."
"Saya tidak mengerti ibu," kata si anak.
Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kau memang tak akan mengerti…"
Read more

Kasihan???

Bosannye...
banyak keje...
Tensennye...
Tak tahu nak start benda ni...
Tak tahu nak buat...
sakit kepala...
Tiada idea...
Apabila serba tidak kena dan tidak tahu nak buat ape....

akhirnya....


Read more

Friday, December 4

Elakkan diri daripada terkena....

Terasa lama pula tidak mencoretkan sesuatu di sini. Walaupun blog ini hanyalah biasa2 sahaja, masih ada yang sudi menyinggah, terima kasih kepada semua pengunjung. Ingin saya menaip sesuatu di sini untuk tatapan kepada sesiapa yang sudi ziarah di sini.

Read more

Monday, November 23

Ketika Cinta Bertasbih...

Ketika Cinta Bertasbih (KCB)... hehe... semua dah kena tsunami movie ni. Lepas je tgok movie tu, saje je la letak shout out kat facebook... adelah yg respon, katenye pernah dgr lagu je, blom tgok movienya lagi... ada lebih kurang mengatakan diri ni 'jwang'... haiyya... tajuk movie je jiwang... hoho... citernya tak de la jiwang pon... citernya bagi saya best sgt2 drp ayat2 cinta. huhu...



Read more

Wednesday, November 18

Curahan Hati....

Ya Allah... lembutkanlah hati kami.... ermm... adakah kita tau apa yang kita memohon kepada Allah? Lembut... lembut daripada segi apakah? Kita memohon dikurniakan hati yang lembut... lembut bukannya bererti kita ini lemah... tetapi mudah terkesan apa yang berlaku, mudah untuk menitiskan air mata... bukan untuk siapa2, tetapi hanya kepadaNya... Adakah antum rasa amat mudah untuk menangis??? bersyukurlah antum kerana Allah mengurniakan hati yang lembut kepada antum.. kerana jika dikurniakan hati yang keras, bisakah kita mengeluarkan air mata... hmmm...

Read more

Saturday, November 7

Exam oOo Exam...


Read more

Sunday, November 1

~ Jalan Mujahadah ~


Assalamualaikum…. Kaifa halukum? Ermm.. hampir 3 minggu blog ni sunyi sepi… huhu… maafkan diri ni, banyak sgt kerja kena siapkan… pejam celik pejam celik, dah start study week… tp test blom abis.. aduhai… tinggal lagi 1 test yg akan dijawab besok petang…
Pepon, mahu jugak nak update blog yg bersawang ni… huhu… kadang2 macam x de entry nak diupdate, rasa lebih baik delete je blog ni…huhu… isk3… [ramai sgt kwn2 dah delete blog dieorg…adakah aku pon mengikut jejak langkah dioerg???..]
Tu hanya mukadimah saje…. satu article ni amat menarik utk dikongsi mengenai jalan mujahadah yg saya amik drp majalah solusi edisi ke-4… dah lame dah edisi ni… ntah la, tetiba je diri ni nak baca balik majalah ni… amat2 sesuai utk saya membacanya kembali pada saat2 begini… [Tq fad, bg pinjam… bile la mahu anta balik majalah ni…hohoo…] Tahukah kita apa itu mujahadah? Jom kita berkenalan dgn mujahadah ni… hehe…
Read more

Saturday, October 31

PuTaRaN KehiDuPaN....

Putaran Kehidupan
Album : Cinta dan Harapan
Munsyid : Firdaus
http://liriknasyid.com

Saat kau melangkahkan kaki
Jatuh dan bangun sendiri
Semuanya mampu kau redahi

Saat usiamu telah dewasa
Cabaran datang bertimpa
Kau kecewa derita sengsara

Hapuskanlah air matamu
Redha dan teruskanlah usahamu
Pasti kau akan mengerti
Hidup ini
Putarannya tersendiri

Hentikanlah air matamu
Biarkanlah kisah duka itu berlalu
Mendung hari takkan selalu
Sinar bahagia, oh pastikan kau ketemu

Oh pastikan kau ketemu...

Read more

Friday, October 9

Allah menyayangimu....


Read more

Sunday, October 4

Tahniah, fad... ^_^



Tiada apa yang ingin dibicarakan...
Pepon, tahniah diucapkan untuk semua graduan UMP yg telah berjaya menamatkan pengajiannya di sini....

Read more

Sunday, September 27

PuTeRa PuTeRi....

Putera Puteri(feat: Hisyam)
Album : Nur Insani
Munsyid : Inteam
http://liriknasyid.com


Engkau bagaikan mutiara berharga
Dalam sepi kau penyeri
Dalam duka kau penawar
Hadirmu menyinari rumahtangga

Mengapa harus derita yang kau cari
Maruah kau pertaruhkan
Masa depan kau gadaikan
Mengalir airmata ayahbonda
Read more

Saturday, September 26

Ketenangan...

Jiwa orang selalu ingat Allah sentiasa bening, tenang walaupun banyak masalah hidup...


ORANG dalam hatinya terpancar keimanan kukuh, akan selalu giat berusaha sepanjang langkah usianya untuk bertaqarub kepada Allah kerana didorong rasa cinta mendalam terhadap-Nya. Kasih sayang dan kecintaan kepada Allah menjadikan seseorang itu sentiasa rindu pada-Nya.

Ibarat seorang anak muda sedang mabuk asmara, selalu terkenang-kenang si buah hatinya. Orang yang beriman, ingatannya tetap bergetar tulus kepada-Nya tanpa mengira waktu dan tempat. Bagi mukmin sejati, zikir dan hati adalah satu nyawa, tidak boleh dipisahkan.

Ia ditegaskan Ibn Taimiyah: “Zikir bagi hati adalah umpama air bagi ikan, bagaimana keadaan ikan apabila berpisah daripada air?”
Read more

Friday, September 18

.:: Amalan Sunnah Sempena Aidilfitri ::.

Bahang menyambut Hari Raya makin terasa. Masing-masing sibuk untuk membuat persiapan menyambut aidilfitri ini. Walaubagaimana pun, ada baiknya sekiranya kita mengetahui apakah amalan2 yg telah diajar oleh Rasulullah s.a.w sempena menyambut ketibaan hari lebaran Aidilfitri ini.
Read more

Saturday, September 5

MaGhFiRaH...

Assalamualaikum... kaifa halukum? lame rasenye tak mencoretkan sesuatu di sini. Walaupun blog ni sepi akhir2 ni, tetapi pengunjung sentiasa ada. Kadang2, terpikir jugak siapakah yang menziarah blog ni, kenalkah kita? Siapa lagi kalau bukan sahabat2 saya kan? [perasan je tu.. isk3..] Walaupon ada pengunjung yang saya tidak kenali, tetapi apa yang pasti kita semua bersaudara... ;)


Kadang2, ape yang dicoretkan hanya enrty yang mengarut2, maafkan diri ni...  saya bukannya arif sangat untuk mencoretkan sesuatu yang begitu ilmiah kerana saya tahu kemampuan diri ni, saya rasa tidak layak. [ermm.. rendah diri sangatkah aku ni? whatever la.. pepon, ini la yg selalu saya rasa... mmg tak layak...]


Pejam celik pejam celik... akhirnya, Ramadhan makin meninggalkan kita. Sedihkah kita? saya pasti ramai yg rasa sedih kerana bulan ini bulan tarbiyah, bulan barakah, bulan mulia yang bakal meninggalkan kita tanpa mengetahui samada kita masih berkesempatan untuk menyambut bulan penuh barakah ini pada tahun depan. Adakah kita masih berpeluang utk menyambutnya??? [persoalan yang tiada jawapan... :( ] walaubagaimanapun, selagi ada kesempatan, rebutah peluang ni.


Read more

Sunday, August 23

AhLan WasahLaN Ya RamaDHaN aL-MubaRaK...

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana diri ini masih berkesempatan untuk menyambut bulan yang penuh barakah ini. Hari ni sudah masuk 2 Ramadhan 1430H,  sebulan berada dalam bulan Ramadhan ini pasti akan berlalu begitu cepat tanpa kita sedari. Walaubagaimanapun, moga kita semua diberi kekuatan untuk beribadat sebanyak2nya di bulan penuh barakah ini kerana diberi ganjaran yang sangat banyak oleh Allah kepada hambaNya. Mungkin di bulan ini, tak dapat tidak menuntut kita untuk menguruskan banyak benda. Saya juga antara insan yang mengalaminya. Moga setiap kesusahan pasti ada kesenangan. Insyaallah...

Read more

Friday, August 14

.....

Tiada apa yang menarik ingin dicoretkan... saya juga tidak tahu ape tajuk sesuai untuk entry kali ni... cuma agak terkedu apabila tengah hari semalam  mendapat SMS drp sahabatku, hana mengenai kembalinya Ustaz Asri ke rahmatullah, vokalis kumpulan nasyid tanah air yang sangat2 saya minati. Bagi saya kumpulan nasyid Rabbani adalah sangat unik.  Memang lain daripada kumpulan nasyid yang lain. Lagu2 nasyid kumpulan ini yang menjadi teman kepada diri ini apabila inginkan sedikit hiburan dikala sedih atau gembira kerana lagu2nya sungguh banyak terselit nasihat...
Read more

Wednesday, August 12

Debu - Debu Dosa


Debu - Debu Dosa

Album : Damai
Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid.com 



Ke arah mana halanya
Bagi insan yang terleka
Mengejar nikmat dunia
Bagaikan hidup selamanya
Tak peduli dosa noda
Seksa azab neraka
Hidup jauh dari rahmatNya

Terpedaya pada dunia
Pentas ciptaan manusia
Terlupa pada segala
Mengikut nafsu semata
Membiar syaitan beraja
Di hati dan juga jiwa
Mengejar dunia penuh debu dosa

Read more

Saturday, August 8

Insafi Hikmah Musibah

Sejak kebelakangan ini, berita mengenai kematian berpunca daripada H1N1 semakin meningkat dari semasa ke semasa. Entry pada kali ini bukannya ingin menambah lagi langkah2 untuk mencegah penularan wabak tersebut. Saya lihat sudah bermacam2 langkah yang diwar2kan oleh Kementerian Kesihatan. Tetapi saya ingin mengajak sahabat2 merenung musibah yang sedang berlaku di tanah air yang tercinta ini. Sudah menjadi keyakinan setiap Muslim yang beriman bahawa setiap rahmat dan musibah, kejayaan dan kegagalan, keuntungan dan kerugian dan sebagainya adalah daripada Allah. 


Read more

Saturday, August 1

Kini GiLiRaN KaMi...=(

"Salam... Su, UMP cuti seminggu...hehe..." Tu la mseg yang saya terima daripada rumate saya. Kebetulan dia sudah pulang ke rumahnya di Alor Gajah petang semalam untuk menghabiskan cuti hujung minggunya, tetapi akhirnya dia dpt extend cutinya....huhu... Macam tidak percaya pula dapat cuti.. huhu... ye la, sebab saya memang berharap sangat2 UMP takkan tutup seperti universiti2 lain kerana saya tidak mahu mengorbankan cuti mid sem saya yang dijadualkan combine dgn cuti sambutan Hari Raya Aidilfitri bermula 12-27 Sept 2009... Tapi nak buat macam mana, redha jelah... terpaksalah saya menyambut Hari Lebaran seperti sebelum2 ni. Balik ke rumah apabila bulan Ramadhan berbaki hanya beberapa hari... paling lama pon, 2 hari... Kemudian, menyambut Hari Raya beberapa hari... paling lama pon, 4 hari... [sedihnya....:( ]

Read more

Thursday, July 30

Tarbiyyah Dzatiyah

Tarbiyyah Dzatiyah.... Mungkin sahabat2 sudah biasa mendengar perkataan itu tetapi bagi  saya  ianya satu perkataan yg amat asing... sekiranya "tarbiyyah" selalu juga didengari.

Alhamdulillah, Allah masih memberi kekuatan diri ini menyertai "pengisian". Mungkin nama "pengisian" lebih dekat di hati kerana ada juga sebilangan amat2 fobia dgn nama "usrah". Mungkin bagi kebanyakkan, "usrah" hanya untuk orang begini2... dan bukan untuk orang begitu2 [uh.... mengapakah ada begini dan begitu???]... walaubagaimanapon, saya masih dahagakan ilmu2 yang dpt memandu diri ini ke arah kebaikan.

Read more

Saturday, July 25

Tak SaBarNye.....

Tak sabar??? isk3... teruk sungguh kan? pepon, saya memang sangat2 tak sabar... tak sabar nak pindah!!! huhu.... pepon, berkat doa + solat sunat hajat semua warga UMP, akhirnya semalam kami diputuskan utk berpindah ke kampus baru di Pekan pada 27hb Julai 2009... Alhamdulillah... walaupon sepanjang 3 minggu ni di Gambang, tetapi proses pembelajaran tetap berjalan seperti biasa... assignment, kuiz, presentation juga telah berjalan seperti biasa cuma lab je terpaksa ditangguhkan kerana semua barang2 di lab telah dipindahkan ke Pekan. Kesibukan makin terasa sejak akhir2 ni. Byk benda yang perlu disettlekan...
Read more

Saturday, July 18

Kerana mereka, Kamu ada...

"Apabila kau ingin berteman, Janganlah kerana kelebihannya, Kerana mungkin dengan satu kelemahan, Kau mungkin akan menjauhinya.... Andai kau ingin berteman, Janganlah kerana kebaikannya, Kerana mungkin dengan satu keburukan, Kau akan membencinya.... Andai kau inginkan sahabat yang satu, Janganlah kerana ilmunya, Kerana apabila dia buntu, Kau mungkin akan memfitnahnya.... Andai kau inginkan seorang teman, Janganlah kerana sifat cerianya, Kerana andai dia tidak pandai menceriakan, Kau mungkin akan menyalahkannya.... Andai kau ingin bersahabat, Terimalah dia seadanya, Kerana dia seorang sahabat, Yang hanya manusia biasa.... Jangan diharapkan sempurna, Kerana kau juga tidak sempurna, Tiada siapa yang sempurna.. Tapi bersahabatlah kerana Allah... " 
Read more

Wednesday, July 15

Man Jadda Wa Jada... ^_^

Rasanya blog ni makin dipinggirkan...huhu... tak tau nak taip entry pasal ape.. isk3... pepon, insyaallah apabila ada masa, saya akan jenguk juga blog ni...

Skrg saya amat2 pening dgn projek saya... rasa mcm x sabar je nak p lab... huhu.... saya ada terjumpa sedikit maklumat tuk projek saya... convert m.file to vhdl code... syukur la kan... i'll try my best... insyaallah... tp lagi seronok sekiranya dapat ke lab, dapat trial and error...nampak juga hasilnya..huhu... :(

Read more

Wednesday, July 8

Apakah ini....???

Akhirnya cuti saya berakhir... maka bermulalah episod baru. Episod baru sahaja bermula, tetapi bagi saya episod ni sangat sukar untuk saya hadapi dan bakal dihadapi. Ya Allah, mampukah aku menghadapinya? Apa yang saya rasa turut dirasa seluruh pelajar yang bergelar pelajar final year yang akan berpindah ke Pekan... mcm mane PSM 2 ku???? hmmm....
Read more

Saturday, July 4

Kita akan ke sana jua....


Ketika membuka laman sesawang sahabat2 adik saya, semua menceritakan mengenai pemergiaan seorang sahabatnya, Nabil Marwan yang telah kembali ke rahmatullah. Saya pasti, adik saya juga akan berbuat demikian tetapi memadangkan dia sekarang berada di Johor untuk menghabiskan cutinya sebagai menggantikan cuti yang sepatutnya pada 2hb julai dia akan bertolak ke Kemboja terpaksa ditangguhkan kerana H1N1. [ x pe Edi, klu ade rezeki kalian semua akan melaksanakan misi yang tertangguh tu] 

Bukan entri kali ni turut terkena tempias menceritakan mengenai arwah. Saya sebenarnya memang tidak mengenali arwah tetapi perkembangan arwah selalu diceritakan oleh adik saya. Selalu juga adik saya berulang alik dari PJ ke Hospital yg terletak di Teluk Intan untuk melawat sahabatnya yang sangat rapat dengannya itu.
  Siapa tidak sedih apabila mengetahui sahabat kita akan meninggalkan kita selama-lamanya. Saya juga pernah mengalaminya. Pemergiannya tanpa disangka-sangka. Rasa baru semalam kami bertemu, pergi ke kelas, buat projek... [uh, memang tidak dpt dilupakan]... Tetapi siapalah kita untuk menidakkan segala ketentuan Allah. Ajal maut memang tidak dapat kita tangguhkan walau sesaat pon. Lupakah kita kepada nasihat Rasulullah s.a.w kepada Abdullah bin Umar : "Di waktu pagi janganlah kau katakan kepada dirimu akan hidup hingga petang, dan setibanya waktu petang jangan katakan kepada dirimu akan hidup sampai pagi. Ambillah kesempatan masa hidupmu untuk persiapan mati, masa sihatmu untuk persiapan waktu sakit. Kerana sesungguhnya kamu wahai Abdullah, belum tahu siapa akan dipanggil besok nanti." (Riwayat Ibnu Hibban dari Abdullah bin Umar). 

Read more

Wednesday, July 1

M.I.N.D.S (^_^)V

Awas!!! entri kali ni sangat la pnjang....huhu... klu ngantok, baik tidooo....


Minggu Induksi Siswa [ MINDS ] merupakan minggu orientasi bagi pelajar baru untuk mahasiswa/ mahasiswi (nape la kena diletakkan "maha" di permulaannya ye?) yang terpilih menjadi sebahagian warga UMP...  Oleh disebabkan hampir seminggu blog ini sunyi tanpa berita, ingin jugaklah untuk mencoretkan sesuatu... Setelah hampir masuk 4 tahun saya berada di UMP, selama 4 kali jua saya terlibat secara langsung @ tidak langsung dalam MINDS. 


Read more

Tuesday, June 23

Ja mata nè !!!

Ja mata ne !!! Wakarimashitaka. [adakah anda paham?] hehe... saja je sebenarnya... saya pon x reti jugak Nihon-go [bahasa Jepun] ni... sikit2 boleh la... belajar pon hanya 1 sem... huhu... Tengah kemas buku2 sem lepas, terjumpa la buku kecik molek ni "Asas Bahasa Jepun 1" yg ditulis oleh sensei saya, encik Iszuani... hehe.. ermm.. dah nak abis cuti daa... saya dah start packing... huhu... mcm tak sabar nak balik UMP je... haha... Ye ke tak sabar? Sebenarnya saya ada misi penting tuk next week, terpaksalah balik awal sikit... balik sekejap je... nanti sambung balik cuti yang masih berbaki beberapa hari...

Read more

RaHSia TarikH LaHir....

Tarikh lahir kita menerangkan siapa kita,apakah kelebihan kita dan apakah kebolehan kita. Ia juga menunjukkan apakah yang harus kita pelajari dan cabaran yang perlu kita hadapi. Untuk mengetahui nombor lahir kita, kita boleh mencampurkan nombor-nombor tarikh lahir kita sehingga ianya menjadi satu nombor  tunggal
Read more

Saturday, June 20

Anak MithaLi....



Read more

Thursday, June 18

'Atasi tekanan dengan bercakap pada diri anda sendiri'

HIDUP penuh cabaran. Ramai yang kecundang dan tidak kurang pula melihat dunia dengan wajah suram, kelam dan serba berjerebu. Hidup tidak bermaya dan penuh sedih seakan tidak ada harapan lagi, kecewa dan tertekan.
 

Read more

Tuesday, June 16

Semua MiLiK ALLAH….

Sedih, risau, mcm2 perasaan ku rasa... "Ya Allah... engkau sedang berbicara dgnku dan saudara  maraku ketika kami menanti saat bahagia...."

Read more

Monday, June 15

STROKE serangan sukar diramal...



STROKE atau juga dikenali sebagai angin ahmar jika meyerang akan menyebabkan mangsanya lemah, lumpuh dan boleh menjadi penyebab kepada kematian. Mangsa stroke mengalami lumpuh dan lemah anggota badan sama ada sebelah badan atau keseluruhannya.

Ramai yang mengetahui kewujudan penyakit ini tetapi tidak ramai yang mengetahui sejauhmana ia boleh menyerang dan kekerapan serangannya terhadap mangsa. Faktor umum penyebab stroke ialah apabila pembuluh darah diserang penyakit yang mengganggu pengaliran darah ke otak. Seterusnya bahagian tersebut akan terjejas dan berhenti berfungsi.

Serangan stroke secara tiba-tiba ini membuatkan si mangsa tidak mengalami sebarang tanda amaran kedatangan penyakit ini sehinggalah tiba waktunya dia mengalami rasa lemah-lemah dan lumpuh sebelah badan sama ada kiri atau kanan.

Lemah dan lumpuh akibat stroke ini akan menyebabkan mangsa mengalami kesukaran untuk bercakap atau kemungkinan kehilangan terus keupayaan bercakap atau dikenali sebagai aphasia. Antara masalah lain ialah kemungkinan berlakunya gangguan pada bahagian otak yang lebih penting peranannya.

Read more

Friday, June 12

SeRuaN KuBuR....

KUBUR setiap hari menyeru manusia sbyk 5 kali :

1) Aku rumah yg terpencil, maka kamu akan senang dgn selalu m'baca Al-Quran.
2) Aku rumah yg gelap, maka teranglah aku dgn selalu sembahyang malam.
3) Aku rumah penuh dgn tanah dan debu, bawalah amal soleh yg menjadi hamparan.
4) Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sbg penawar.
5) Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, maka bykkanlah bacaan "Laailahaillaallah, Muhammadur Rasulullah", supaya kamu dpt jawapan kepadanya.
Read more

Tuesday, June 2

Stadium RUNTUH...

Pagi td... ayah saya bg mseg "Stadium Sultan Mizan runtuh"... biar btul? mmg t'kejut sungguh... time tu kul 9.50 pg... gambo2 ni saya perolehi drp blog http://www.mampat.blogspot.com/ ... korang leh la ziarah blog ni....
Read more

SyuRGaMu....

Best lagu ni... bukan hanya asyik dengar melodinya sahaja... tetapi marilah kita menghayati liriknya... walaupon, lirik nya pendek... tapi bila dengar, memang terkesan kpd sape2 m'dengar.... bukan sekadar baca lirik tu dgn mata, tetapi bacalah dgn mata hati... [ayat slalu dgr masa blajo Pendidikan Syariah Islamiah dgn ustazah Engku Radziah time kat shams dulu...]

Read more

Monday, June 1

Kisah 'Brownies'



brownies


Hati kita mati sedikit demi sedikit pada satu masa disebabkan perbuatan kita. Beberapa tahun yang lepas, ketika saya masuk ke dalam pejabat saya seperti hari-hari yang biasa, seseorang telah meletak satu bekas berisi 3 ‘chocolate brownies’. Bersama dengan brownies itu terdapat sehelai kertas yang tertulis satu cerpen di atasnya. Sambil duduk menjamah brownies yang pertama, saya mula membaca kisah seperti yang tertulis di bawah.

Dua orang remaja meminta kebenaran ayahnya untuk pergi menonton filem yang sudah ditonton oleh semua rakan-rakan mereka. Namun selepas membaca sedikit review filem itu di internet, ayah mereka menolak permintaan mereka.

“Ah ayah, kenapa tak boleh?” gusar si adik. “Ia dilabel 13-SX, tapi kami berdua dah pun lebih dari 13 tahun!”


Read more

Kenapa saya ada blog???



Ermm... asalnya blog ni hanya suka2 je... saya tgok rmai yg wat blog...membuatkan diri ni pon terpengaruh.... masih ku igt, sehingga kan rumate2 ku, kwn2 di ump sume ade blog... begitu besar pengaruh nya...
Read more

Friday, May 22

Meh baca buku... ^_^

Bacalah... best!!! hehe... jd promoter jap... mcm bese la bile duk kat umah ni, x de pape nak di buat... ye ke? huhu... bohong la... kat umah la keje pling byk kena buat... try korang tnye mak korang... btul x?

Walaubagaimana pon, cuti ni saya hnya abis kan masa duk kat umah je... tlog mak ayah setakat mane yg mampu... kepada sahabat2 yg keje, bagus la... dpt jgk cari pengalaman dan tmbahkan pendapatan... bila la saya nak keje ye... alahai smpai sekarang blom ku rasa... isk3... dan x lupe jgk kat sahabat yg amik short sem, smoga kalian berjaya... [hana, sima... slamat study ea... jgn tensen2...]

Cuti ni saya suka wat ape saya suka... huhu... [btul kah ayat ku ni... konpius2]... sebenarnya tak ade ape yg menarik pon, cuma kalau x nak rasa bosan, saya suka baca... baca la apa2 bahan bacaan yg saya rasa bole m'beri input kpd diri ini...


Read more

Monday, May 18

LasKaR Pelangi

Dah lama saya nak tgok citer ni, Laskar Pelangi... Akhirnya, dapat jua saya menontonnye...
Read more

Saturday, May 16

Mei.....

Sebenarnye banyak ingin dicoretkan... tapi x tau mcm mana nak mula... isk3... pepon, kali ni ingin saya coretkan apa yg b'laku sepanjang setengah bln mei ni...

Read more

Saturday, April 18

Makan2 ngan PA.... ^_^

Hari jumaat bru ni, 17hb april... ade sket makan2 ngan mantan PA, miss Norhafizah binti Md Sarif... skrg PA kami, pn Nor Lina... bertukarnya PA kami coz miss hafizah nak further study kat Australia tuk amik PhD... [congratz miss... kami kagum ngan semangat miss tuk smbung lg... gambaTTe KudaSai!!!]
Read more

aish.... :-(

Study week makin hampir ke penghujungnya...
Tapi study x abis2...aish...tensennye...

tengah2 tensen... air kat UMP x de...
[x tau la ape mslh nye... yg dimaklumkan, pam rosak..rosak sokmo]
aish... lagi la b'tambah tensen...
sungguh mencabar rasenye study week kali ni...
sungguh menguji kesabaran diri...

mak ayah dah sibuk suh balik...huhu...
[anak manje btul... air x de, trus mengadu..hoho~~]

Read more

Wednesday, April 15

Wanita Solehah Lebih Baik Dari Bidadari Syurga

www.iluvislam.com
Submitted by : Konokokoro
Editor : arisHa27


Wanita solehah tidak boleh sembarangan mencintai lelaki. Lelaki yang paling wajar dicintai oleh wanita solehah ialah Nabi Muhammad SAW. Ini kerana Nabi Muhammad SAW adalah pembela nasib kaum wanita. Baginda telah mengangkat martabat kaum wanita daripada diperlakukan dengan kehinaan pada zaman jahiliyah, khususnya oleh kaum lelaki. Ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW juga berjaya menyempurnakan budi pekerti kaum lelaki. Ini membawa keuntungan kepada kaum wanita kerana mereka mendapat kebebasan dalam kawalan dan perlindungan keselamatan oleh kaum lelaki.
Read more

Sunday, April 12

i'm hoMe.... ^_^


Alhamdulillah... smpai jua saya di kg halaman ptg semalam.. kira2, sebulan lebih saya x balik umah... Sebenarnya, saya balik kali ni tnpa perancangan. huhu... truk betul...

Mula2, mmg x rancang pon nak balik..ingatkan nak balik lps final exam... bln mei nnti... memandangkan lg 2 assignment blom siap, tu saya x b'hasrat nak balik umah... study week rmai sahabat2ku balik... Tapi, ptg hari jumaat tu, saya rase sungguh2 tensen+rindu kat famili...huhu... Ptg, sy skype kak kinah.. tnye die bile balik... tp skype x btul...huhu... so, x de jwpan la...[padahal bole je mseg kak kinah...isk3...]

Mlm tu, lps isyak bru sy perasan ade mseg kak kinah, g tau die balik esok, kul 11 naik bas... cik asmida (cik as) ( lecture kimia aka housemate kak kinah) hntar kak kinah ke terminal... kak kinah ajak join same... nnt saya bole cari tiket kat terminal...
Read more

Thursday, April 9

MuhaSaBah UnTuKku.....

Semakin lama hidup di dunia... semakin banyak pengalaman yg dpt mematangkan diri sendiri... Mase tgh mengarang ayat ni, hujan turun agak la lebat di kwsn UMP tercinta ni... membuatkan mmg liat nak bangun pagi...isk... bgunlah wahai pemuda dan pemudi...
Read more

Monday, April 6

ermmm....

Ermmm.... [tgh b'pk tu...huhu]... Sudah beberapa hari b'lalu, sudah byk bnda b'laku... keje byk, tp nape ye, saya rase sungguh la malas...isk3...

Skrg yg m'buatkan hati resah...huhu... sape telah menyebabkan hati ni resah??? uhuhu.... jeng2... sape lg klu bukan FKEE... hoho... cm ne ni, klu btul2 saya dan sahabat2 len dr FKEE kena pindah... saya sgt2 b'harap saya dpt duduk kat UMP, Gambang ni smpai saya final year... dgn menjalani kehidupan p kuliah yang b'dekatan ngan hostel..x payah pk nak p ngan ape..hnya ngan exercise jln kaki, saya dpt smpai ke kuliah dan lab... x payah nak tunggu bas mcm2 shbt2 sy kat U len... x pyh pk duit minyak moto ke kete ke...huhu....sudah best duk kat kat cni... walaupon, x secanggih mcm U len... tp sy sgt2 la b'syukur krn t'pilih ditmpatkan di cni...



Read more

Friday, April 3

SanTaPaN RoHaNi Isi & KuliT

21 Mac 2009 baru ni, saya b'peluang untuk menghadiri Kursus Pengurusan Jenazah anjuran Unit Silat Cekak Malaysia... penyertaan program ini adalah terbuka tuk sesiapa saje (saya bukannya ahli silat)... Walaupon, peristiwa ni sudah lame... mungkin sudah basi...huhu... tetapi saya ingin jgk menceritakan pengalaman spjg kursus tu yg brmula dr pukul 9 pg hingga 6 ptg... Banyak sungguh ilmu2 yg sy perolehi... walaupun, sume ini sudah sy pelajari semasa di madrosatii, SHAMS.... apakan daya, sy manusia yg sgt kerdil... penyakit lupa sentiasa ada pd diri ini... :(

Read more

Saturday, March 28

Earth Hour 2009

Artikel ni sy amik dr blog sahabat sy, nur fazleen... yg mane ukht nur fazleen amik dr ASPIRASI-UKM.

*************************************************************************************

Tahun ini, Earth Hour telah menjadi berubah menjadi pilihanraya global pertama di dunia, antara Bumi dan Pemanasan Global.


Apa itu Earth Hour?

Earth Hour adalah acara antarabangsa tahunan yang diilhamkan oleh WWF (World Wildlife Foundation), yang meminta keluarga dan syarikat-syarikat untuk memadamkan lampu-lampu dan alat-alat elektrik mereka yang tidak perlu untuk sejam untuk menimbulkan kesedaran ke keperluan untuk mengambil tindakan mengenai perubahan iklim. Ia telah dipelopori oleh WWF Australia dan Sydney Morning Herald pada 2007, dan mencapai penyertaan yang di seluruh dunia pada 2008.
Read more

CaPeK.....

Capek~~~
Memang... saya rasa capek bangat... Ntah la, posting kali ni bukannya tuk bg tau kat sume org yg saya tengah capek... tp bg la saya nak luahkan ape yg terpendam ni...huhu... kat blog la bole saya luahkan ape saya rase...huhu....
Read more

Wednesday, March 25

SYAIR SYIAR


La Takhaf wa La Tahzan...


Jika ini ketentuanMu,
ku cuba tabahkan hatiku,
kerana pasti tersirat sesuatu di balik yang tersurat itu...
kerana ku manusia biasa,
tidak terdaya memikirkan apakah hikmahnya...
apakah rahsianya..
hidup ini terus berputar,
tiada masa untuk lengah,
tiada masa untuk patah,


Read more

Friday, March 20

M.a.S.a....


Sudah hampir sebulan blog ni sepi daripada sebarang posting t'baru... huhu.... mtk maaf byk2 kpd peminat setia yg mengunjungi blog ni... [ade ke pengunjung setia.... perasan je ni...huhu]... Sebenarnye, mase amatl2ah mencemburui sy... byk tugas2 perlu diselesaikan...huhu...  Nak wat cm ne... bese la asam garam hidup sbg seorang student... posting kali ni.. x de pape yg menarik.. klu nak bace..silakan bace... huhu... ni cume coretan utk memeriahkan blog yg semakin sunyi sepi...




Dlm mase sminggu ni...byk btul keje kena slesaikan... dgn projek micro-C + assignment + lab report + psm... huhu... aih..penat2... sume benda nak wat... tp mase 24 jam tu, bg saya amat2 lah singkat.... pepon, pengurusan mase amatlah penting... tanpa kita sedar, masa berlalu dengan pantas dan semalam adalah sejarah untuk kita, esok adalah perancangan yang belum pasti berhasil juga untuk kita. Masa... itu lah satu nikmat tuhan yang tidak boleh ditukar ganti. Masa yang berlalu itu terlampau jauh dan tidak mungkin akan dapat bersua semula.
Read more

Sunday, February 22

Hari2ku yg berlalu....

Sebenarnye... saya x de pape yg ingin dikongsikan... cume kali ni hanyalah coretan yg telah saya alami tuk minggu ni...huhu... [x sume... hnye peristiwa yg memberi kesan kpd diri ni je...hoho...]

Read more

Monday, February 16

.:: DeTiK KeMaTiaN ::.

Sambil2 study tuk test esok hari, saya dgr juga lagu... kemudian lagu ni dimainkan, "DeTiK KemaTiaN" Sejujurnye... perasaan yg saya rasa susah tuk saya katakan...huhu... "Ya Allah, ampunkan segala dosa2ku dan saudara2 ku...."
Read more

Saturday, February 14

CinTa... LovE... Amor....



Cinta... oOooo Cinta... huhu... sebenarnya posting kali hanya sekadar perkongsian ilmu mengenai cinta... Semalam, alhamdulillah.. saya diberi kesempatan tuk mendengar forum mengenai "LoVe MaNaGeMent" yg diajurkan oleh Kelab Sains Kemanusian, MPP, KAWAN, dan Klb Penyayang... Banyak jugak input yg saya perolehi oleh ahli2 panel yg mmg best, Ustaz Badlishah [dr JAIP dan slalu jgk kuar dlm Halaqah, Tv9], ustaz Ahmad Farid [dr IKIP] dan akhi Syukri [student UMP].... dan x dilupekan, moderator ialah Ustaz Kamil.

Ramai remaja sibuk mencari cinta... bile ditanya ape itu cinta??? huhu... majoriti rmai tak tau... Cinta merupakan  fitrah dan anugerah Ilahi yang amat istimewa dalam kehidupan seseorang insan. Cinta ini boleh terbahagi kpd cinta kepada Allah, Rasul, sesama manusia... Walaubagaimana pun, cinta kepada Allah adalah cinta yg paling teragung...

Pepon, drp forum mlm td... Saya dapat bg kesimpulannya... Walaupun saya tau rmai tidak setuju ape yg saya ingin coretkan.. tetapi ianya terpulang tuk kite menerimanya... Saya tidak memaksa sahabat2 tuk menjadi begitu... ini kerana tiada paksaan dlm beragama... Jika kita mengakui sbg org Islam... So, kita akan berusaha tuk memperbaiki diri menjadi seorang hamba yg bertaqwa... Ini kerana, kita takut tuk melakukan kemungkaran... Jika Allah melarang, sebenarnya larangannya mmg byk memberi kemudharatan kpd diri kite sekiranya kita tetap ingin melakukanya... Jadi, marilah kita berfikir...berfikir..dan terus berfikir...

Read more

Sunday, February 8

KAWAN....

KAWAN??? yg ingin dicoretkan pasal KeLaB KeusahawaNan (KAWAN)....
Semalam saya bersama mt n exco KAWAN adekan sikit makan2 kat kfc di teluk cempedak... Bestlah jugak... walaupon ade yg x dpt dtg coz ade hal lain... almaklumlah, rmai mt n exco dikalangan kami yg tgh bz ngan PSM [projek sarjana muda...]

Read more

Tuesday, January 27

24hb Jan 09 : Dua PerisTiwa BerbeZa TerjaDi....

Hari ni, 27 hb jan... tetapi ingatan ni masih x dpt lupakan 24hb jan... memang susah tuk saya lupakan pada hari berkenaan... yang telah memberi keinsafan kepada diri ni yang sangat lemah dan kerdil... Sebenarnya, 24hb telah berlaku hari bersejarah.. yg melahirkan perasaan yg begitu berbeza... 2 peristiwa telah berlaku dalam satu hari...
Read more

Tuesday, January 20

Pengisytiharan kemenangan Hamas dan pejuang palestin

  




Pada pukul 10.30 waktu mesir 19 Jan 09 telah diadakan sidang media oleh Brieged Qassam yang diwakili oleh Abu Ubaidah. Ini diantara butir2 dalam sidang media tersebut:
Read more

Saturday, January 17

Mari MenGuNdi... ^_^

Agak lame blog ni menyepi...lebih kurang 2 minggu lebih... masa yg ade sgt2 la t'batas... saya sudah berada dlm tahap kemuncak... sume benda kena selesaikan... Pepon, posting kali ini tidak ade pape.. cume saya tetiba teringat hari ni, 17hb Jan... merupakan hari tuk Pilihan Raya bg Parlimen Kuala Terengganu.... Moga sume warga Kuala Terengganu memilih calon yg betul2 dpt memimpin dan memberi manfaat kepada smua... insyaallah....

p/s : SeLamat mengundi tuk mak dan sedara mara yg berada di KT.... Ruginye x balik...klu x, bole merasai suasana pilihan raya...huhu...

Read more

Friday, January 2

TaG?....

Bile bukak skype... saya dpt 1 mseg drp eilah... "anda di tag sile rujuk di blogku"... huahua... nape name ku... x pe la... sekadar suke2 je... jawab je la soklan2 drp miss eilah tu... huhu...

Read more

Thursday, January 1

TahuN BaRu... SeM Baru... KehidupaN BaRu....

Hari ni saya cuti...sume org cuti... meraikan 1 jan... Tahun Baru... Sekejap je mase ni berlalu... dah masuk 2009... 2008 telah menjadi sejarah... pahit manis... sume sudah dirasai... Pepon, tahun baru besenye sume ade azam yg ingin dilaksanakan... tetapi sebaik-baiknya azam itu bukan hanya di tahun baru... tetapi setiap hari... umat Islam seharusnya lebih baik drp hari semalam... Moga kite t'golong org2 bertakwa. insyaallah...
Read more
Related Posts with Thumbnails