Sunday, November 1

~ Jalan Mujahadah ~


Assalamualaikum…. Kaifa halukum? Ermm.. hampir 3 minggu blog ni sunyi sepi… huhu… maafkan diri ni, banyak sgt kerja kena siapkan… pejam celik pejam celik, dah start study week… tp test blom abis.. aduhai… tinggal lagi 1 test yg akan dijawab besok petang…
Pepon, mahu jugak nak update blog yg bersawang ni… huhu… kadang2 macam x de entry nak diupdate, rasa lebih baik delete je blog ni…huhu… isk3… [ramai sgt kwn2 dah delete blog dieorg…adakah aku pon mengikut jejak langkah dioerg???..]
Tu hanya mukadimah saje…. satu article ni amat menarik utk dikongsi mengenai jalan mujahadah yg saya amik drp majalah solusi edisi ke-4… dah lame dah edisi ni… ntah la, tetiba je diri ni nak baca balik majalah ni… amat2 sesuai utk saya membacanya kembali pada saat2 begini… [Tq fad, bg pinjam… bile la mahu anta balik majalah ni…hohoo…] Tahukah kita apa itu mujahadah? Jom kita berkenalan dgn mujahadah ni… hehe…

Jalan Mujahadah....


Hati yg sakit wajib dirawat. Jika sakit lahiriah menyeksa kita di dunia dan paling buruk akan berakhir dgn kematian, sakit batiniah (hati) menyebabkan kita terseksa di dunia dan menderita selama-lamanya di akhirat. Tidak ada jalan lain utk merawat hati kecuali dgn jalan mujahadah (bersungguh-sungguh menempuh jalan ketaatan).
Ubatnya selalu pahit, maka begitulah dgn mujahadah, ia sgt pahit, perit dan menyeksa. “No pain, no gain.”
Itulah hukumnya. Mujahadah itu pahit, kerana syurga itu manis. Jadi, tidak ada jalan pintas utk merawat hati melainkan perlu bermujahadah. Tiada pilihan, kecuali bangun dan terus bermujahadah. Orang yg bersungguh-sungguh dlm mujahadah akan mendapat pimpinan Allah, insyaallah….
Firman Allah: "Dan sesiapa yg bersungguh-sungguh di jalan Kami nescaya Kami akan tunjukkan jalan2 Kami… "(Surah al-Ankabut 29:69)
Untuk mendapat dorongan dan kekuatan dlm bermujahadah, renungilah panduan2 yang diberikan oleh al-Quran dan Sunah mengenai soal hati. Ikutilah nasihat para ulama yg merupakan “doktot-doktor” rohani yg sangat arif dlm soal yg seni dan maknawi ini. Mereka yg celik mata hati ini mempunyai “stetoskop” yg dpt mengesan penyakit hati dan mengubatinya.
Imam al-Ghazali member panduan:
“Carilah hatimu pada 3 tempat. Cari hatimu sewaktu bangun membaca al-Quran. Jika kau tidak temui, cari hatimu ketika mengerjakan solat. Jika kau tidak temui, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yg baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai HATI !”

Cari hatimu dgn TIGA kaedah ini…..
1) Membaca al-Quran
Sudah semestinya hati terganggu oleh kerenah2 manusia dan gelombang kehidupan. Namun, lazimilah mencapai al-Quran dan membacanya. Bacalah ayat-ayat Allah itu, kerana ia pasti akan menjana kekuatan jiwa untuk menghadapi badai kehidupan. Itulah penawar jiwa, ubat kepada hati.
Firman Allah yg bermaksud: “Diturunkan kepadamu al-Quran sebagai petunjuk dan rahmat serta penawar…” (Surah al-Isra’ 17:82)
Jiwa yg tidak membaca al-Quran umpama telefon bimbit yang kehabisan bateri. Betapa canggih sekalipun fungsinya dan betapa mahal sekalipun harganya, ia tetap tidak berguna jika kehabisan bateri. Begitulah jiwa yang mati, betapa segak, cantik, bertenaga dan anggun sekalipun jasad luaran seseorang, tanpa al-Quran segalanya tidak bermakna.
2) Mendirikan Solat
Selain membaca al-Quran, rawatlah hati dengan solat. Berkata seorang ulama bernama al-Hakim:
“Jika kamu ingin Allah ‘bercakap’ denganmu, bacalah al-Quran kerana al-Quran ialah ayat-ayat Allah yang ditujukan kepadamu. Tetapi jika kamu ingin ‘bercakap’ dengan Allah, maka dirilah solat kerana solat hakikatnya ialah doa, pengaduan, pujian dan rintihan seorang hamba kepada Allah.”
Hati yang lemah akan mendapat semula kekuatannya apabila bersandar kpd satu Kuasa Yang Maha Perkasa. Sebagai perbandingan, pakar-pakar psikologi sering menyarankan supaya kita meluahkan masalah yang membebankan hati kpd orang yg kita sayangi, percayai dan hormati. Langkah itu akan meredakan beban rasa yang mencengkam jiwa.
Bukankah antara satu nama Allah ialah Al-Sami’ (Maha Mendengar)? Allah sentiasa mendengar rintihan dan permintaan hambaNya. Apabila kita rasa Allah mendengar segala pengaduan kita, sudah pasti jiwa kita akan mendapat satu ketenangan dan kerehatan.
Sebab itu, sering kali Rasulullah s.a.w bersabda kepada Sayidina Bilal (apabila Baginda menyuruhnya melaungkan azan), “Rehatkan kami dengan solat wahai Bilal.”
Itulah kerehatan hati yg dimaksudkan oleh Imam al-Ghazali dgn anjurannya,”Carilah hatimu dalam solat!”
3) Mengingati Mati
Rawatlah hati dengan mengingati mati. Hati yg mengingati mati akan hidup, yang melupakan mati akan mati. Hiduplah dengan semangat orang yg bersedia untuk mati.
Sabda Baginda s.a.w : “Orang yang paling cerdik iaitu mereka yang byk mengingati mati.” (Riwayat al-Baihaqi)
Jadilah insan bijaksana sepertimana yg dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w, yakni mereka yg sentiasa mengingati mati dan bersedia utk menghadapinya. Impak drp mengingati mati, para sahabat Rasulullah s.a.w hidup bahagia, tenang dan aman di samping dunia ditadbir dan diurus dgn cekap dan berkesan.
Ingat mati ialah pembasuh hati yg gelisah dan resah. Cukuplah mati sbg peringatan dan pengajaran. Ingat mati akan memadamkan rasa nikmat melakukan maksiat. Ingat mati akan memadamkan rasa enggan melaksanakan taat. Ingat mati itu sesungguhnya akan memberi satu tenaga yang begitu ampuh utk menjalani kehidupan dgn jiwa yg kukuh. Persediaan menghadapi mati menyebabkan kita lebih produktif dan aktif dlm hidup. Sebaliknya, melupakan mati akan mematikan hati.
Sebagai penutup kata, jika mati pun belum dapat mengingatkan kita, berdoalah kepada Allah agar dikurniakan “hati” yang lain, kerana hakikatnya kita sudah tidak mempunyai hati lagi. Berhati-hatilah menjaga hati , janganlah sampai kita kehilangannya!

0 comments:

Related Posts with Thumbnails