Saturday, September 5

MaGhFiRaH...

Assalamualaikum... kaifa halukum? lame rasenye tak mencoretkan sesuatu di sini. Walaupun blog ni sepi akhir2 ni, tetapi pengunjung sentiasa ada. Kadang2, terpikir jugak siapakah yang menziarah blog ni, kenalkah kita? Siapa lagi kalau bukan sahabat2 saya kan? [perasan je tu.. isk3..] Walaupon ada pengunjung yang saya tidak kenali, tetapi apa yang pasti kita semua bersaudara... ;)


Kadang2, ape yang dicoretkan hanya enrty yang mengarut2, maafkan diri ni...  saya bukannya arif sangat untuk mencoretkan sesuatu yang begitu ilmiah kerana saya tahu kemampuan diri ni, saya rasa tidak layak. [ermm.. rendah diri sangatkah aku ni? whatever la.. pepon, ini la yg selalu saya rasa... mmg tak layak...]


Pejam celik pejam celik... akhirnya, Ramadhan makin meninggalkan kita. Sedihkah kita? saya pasti ramai yg rasa sedih kerana bulan ini bulan tarbiyah, bulan barakah, bulan mulia yang bakal meninggalkan kita tanpa mengetahui samada kita masih berkesempatan untuk menyambut bulan penuh barakah ini pada tahun depan. Adakah kita masih berpeluang utk menyambutnya??? [persoalan yang tiada jawapan... :( ] walaubagaimanapun, selagi ada kesempatan, rebutah peluang ni.


Puasa bukan hanya untuk berlapar dan dahaga, tetapi puasa telah mendidik kita untuk menjadi muslim/muslimah sejati... puasa mengajar banyak perkara, mengajar kita bersabar, memberi keinsafan, bersyukur, dan menahan hawa nafsu. Sekarang kita sudah masuk fasa ke-2, fasa maghfirah (Keampunan). Walaupun, hanya tinggal beberapa hari lagi untuk berakhirnya fasa ke-2, janganlah kita biarkan ianya terus berlalu. Sabda Rasulullah s.a.w :" Semua bani adam (manusia) itu berbuat kesalahan, tetapi sebaik-baik orang yang bersalah ialah yang bertaubat dan memohon keampunan"


(HR Tirmizi dan Halim).

Kita sudah sedia maklum bahawa Rasulullah s.a.w yang sangat terkenal dengan sifat2 terpuji. Tetapi alangkah malunya kita, Rasulullah sentiasa memohon keampunan kepada Allah berbanding diri kita yang memang tidak dapat terlepas daripada melakukan dosa. Sesungguhnya, Rasulullah s.a.w sudah dijamin masuk syurga... Berbanding kita, yang masih belum mengetahui status samada kita penghuni syurga @ neraka. Uh, betapa kerdilnya diri ini.
Di bulan mulia ini, marilah sama2 kita bermunajat dan memohon keampunan kepada Allah yang Maha Pengampun, Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Moga taubat kita diterima dan kita semua tergolong orang2 yang bertaqwa. Insyaallah...




Allah berfirman yang bermaksud:


" Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa, (iaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan mema'afkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan. Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain dari pada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui. Mereka itu balasannya ialah ampunan dari Tuhan mereka dan syurga yang di dalamnya mengalir sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya; dan itulah sebaik-baik pahala orang-orang yang beramal. Sesungguhnya telah berlalu sebelum kamu sunnah-sunnah Allah; Karena itu berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan (rasul-rasul). "
(Surah ali-imran, 133-137)

Moga kita diberi kekuatan sepanjang menjalani ibadah di bulan ramadhan yang masih berbaki 2 minggu lagi, moga dijauhkan drp sifat mazmumah, moga kita memperolehi puasa yang sempurna. Berdoalah selalu moga kita sentiasa istiqamah beribadah kepadaNya sehingga akhir hayat.

Saat ini, rasa rindu jugak untuk berbuka puasa bersama keluarga tercinta..huhu.. sehingga 15 ramadhan, masih tidak berkesempatan untuk pulang. [ada yang tak dapat balik raya, tak bising pon... huhu] Pasti ada yang bertanya, jauh sangatkah KT tu??? Kadang2, mahu je terbang utk balik...haha... Walaubagaimana pun, bersahur, berpuasa, ke bazar ramadhan dan berbuka puasa bersama2 sahabat suatu nikmat. Berkongsi lauk pauk, masak2, makan dalam talam apabila berbuka di masjid, solat terawih, bertadarus... Semuanya dilakukan bersama. Semua kenangan ini takkan dilupakan kerana saya tahu inilah ramadhan terakhir saya bersama korang semua. Indahnya ukhwahfillah... tak sabar rasanya nak tunggu 12hb sept, hari ditunggu2 utk pulang ke kg halaman.. bercuti mid sem dan hari raya [Alhamdulillah, cuti kami di ump tak berkurang]... Saya tahu, mak ayah saya lah insan yang paling gembira kerana sorang2 permata mak ayah akan menyusul pulang untuk berkumpul di teratak kami itu.



0 comments:

Related Posts with Thumbnails