Saturday, August 1

Kini GiLiRaN KaMi...=(

"Salam... Su, UMP cuti seminggu...hehe..." Tu la mseg yang saya terima daripada rumate saya. Kebetulan dia sudah pulang ke rumahnya di Alor Gajah petang semalam untuk menghabiskan cuti hujung minggunya, tetapi akhirnya dia dpt extend cutinya....huhu... Macam tidak percaya pula dapat cuti.. huhu... ye la, sebab saya memang berharap sangat2 UMP takkan tutup seperti universiti2 lain kerana saya tidak mahu mengorbankan cuti mid sem saya yang dijadualkan combine dgn cuti sambutan Hari Raya Aidilfitri bermula 12-27 Sept 2009... Tapi nak buat macam mana, redha jelah... terpaksalah saya menyambut Hari Lebaran seperti sebelum2 ni. Balik ke rumah apabila bulan Ramadhan berbaki hanya beberapa hari... paling lama pon, 2 hari... Kemudian, menyambut Hari Raya beberapa hari... paling lama pon, 4 hari... [sedihnya....:( ]



Walaubagaimanapon, mungkin cuti khas ni adalah langkah terbaik untuk mengatasi penularan wabak H1N1 ni. Memang tidak dapat dinafikan, ramai pelajar UMP telah berada di kolej kediaman yg ditetapkan sebagai pusat kuaratin. Setakat ini, tiada lagi pelajar disahkan positif H1N1. Yang dikuaratin adalah pelajar2 yang disyaki terdapat tanda2 penyakit itu. Saya bersyukur kerana Allah masih kurniakan antibodi masih kuat. Sebelum ini ada juga perasaan risau kerana rumate2 saya semuanya telah menunjukkan terdapat tanda2 penyakit yang semakin menular itu, tetapi sekarang semua rumate telah kembali pulih... Alhamdulillah...

Pepon, esok saya akan ke dataran makmal mekanikal awal2 pagi kerana UMP akan menyediakan perkhidmatan bas secara percuma kepada pelajarnya.. [mintak kawan belikan tiket balik ganu kat terminal, tapi tiket balik ganu dah abis... sedih tul... mcm time balik raya je...huhu... doakan moga saya antara orang yang bertuah besok pagi...]

Marilah kita semua berdoa semoga wabak penyakit yang mana semakin hari semakin membimbangkan ini cepat2 berakhir.

P/s : Kalau rasa tak sihat (demam/batuk/ running nose) duduklah kat rumah, tak payah lah keluar. Bottom line, GOOD PERSONAL/PUBLIC HYGIEN. Itu sebabnya perlaksanaan susah, nak kawal dan educate public susah... betul tak???

0 comments:

Related Posts with Thumbnails