Friday, August 14

.....

Tiada apa yang menarik ingin dicoretkan... saya juga tidak tahu ape tajuk sesuai untuk entry kali ni... cuma agak terkedu apabila tengah hari semalam  mendapat SMS drp sahabatku, hana mengenai kembalinya Ustaz Asri ke rahmatullah, vokalis kumpulan nasyid tanah air yang sangat2 saya minati. Bagi saya kumpulan nasyid Rabbani adalah sangat unik.  Memang lain daripada kumpulan nasyid yang lain. Lagu2 nasyid kumpulan ini yang menjadi teman kepada diri ini apabila inginkan sedikit hiburan dikala sedih atau gembira kerana lagu2nya sungguh banyak terselit nasihat...
Berhibur tiada salahnya kerana hiburan itu indah, hanya apabila salah memilihnya membuat kita jadi bersalah...

Gambar kenangan ketika kumpulan Rabbani mengadakan konsert di UMP baru2 ni...
[mari sama2 kita sedekahkan Al-fatihah tuk arwah Ustaz Asri...]


Walaubagaimana pon, berita ni mengingatkan saya kepada org2 yang saya sayangi telah pergi selama-lamanya... masih saya ingat arwah "tokki" [panggilan tuk atuk] telah kembali ke rahmatullah. Ketika itu 2 syawal 1424H... peristiwa yang takkan saya lupakan sampai bila2. Peristiwa itulah mmg menguji diri ini, kerana saya amat2 sukar tuk menerima hakikat pemergiannya. Ini kerana itulah pengalaman pahit yang pertama kalinya berlaku dalam hidup ini apabila orang yang paling rapat denganku telah meninggalkan diri ini utk selama2nya. Kemudiannya, berlaku kematian yang silih berganti... nenek, saudara, sahabat turut telah pulang ke pangkuan Ilahi...

tapi apakah aku mengambil iktibar???
aku takut hadapi kematian itu...

tapi adakah aku melakukan persediaan utk menghadapinya???



Semakin hari semakin banyak berita kematian yang didengari...
Adakah aku ni amat2 bersedia untuk menghadapinya?
Adakah aku sekadar dengar, kemudian rasa sedih...
sedih atas pemergiaan orang2 yang kita kenali, sayangi...
Cukupkah sekadar sebegitu...


Kematian itu pasti...
Moga berita kematian itu menguatkan hati ni...
sentiasa bersedia untuk ke sana...
Ya Allah... aku sangat2 takut...
kerana...
aku rasa aku belum bersedia...
aku rasa aku masih banyak melakukan dosa...
aku rasa aku terlalu sibuk ngan dunia2...
Ya Allah...
ampunkanlah diri yang kerdil ini...
terlalu banyak dosa2 ku...
Ya Allah... ampunkanlah diri ini...


Ya Allah...
lindungilah aku...
berilah aku kekuatan...
moga aku sentiasa bermujahadah...
aku tahu bermujahadah memerlukan
pengorbanan,
kekuatan,
dan ketabahan....
bantulah aku...
moga aku tidak mudah goyah...
tidak mudah terleka dengan dunia...
yang sangat menguji keimanan ini...


wahai teman,
maafkan aku juga,
kerana dosaku dgn sesama manusia juga pasti ada...
sekiranya aku melakukan kesilapan tanpa aku sedari...
maafkan aku...
aku akan cuba menjadi sahabat yang baik...
kerana aku sangat sayang akan ukhwah yang terbina ini...


sesungguhnya...
kadang2 aku rasa kematian itu sangat hampir...
kerana kematian tidak akan lambat, cepat walau sesaat...
apabila Allah telah takdirkan...
aku memang tidak dapat untuk mengelaknya...
moga aku sentiasa berusaha menjadi terbaik..
walaupon aku tahu...
aku insan yang sangat2 serba kekurangan...
aku akui...
tetapi...
Ya Allah...
walaubagaimanapun...
aku mahu ke syurgaMu...
walaupon diri ni sangat2 tidak layak...
banyak lakukan dosa...
tetapi aku tidak sanggup ke nerakaMu...


Bagilah aku kesempatan untuk memperbaiki diri...
kerana aku tahu Engkau Maha Pemurah dan lagi Maha Penyayang...



mujahidah_1505
[sekadar monolog diri...]


.:: moga ramadhan yang bakal tiba akan aku lalui dengan penuh makna ::.
insyaallah...





3 comments:

Haji Jim Nun al Urduni ( ABU LUQMAN ) said...

SALAM UKHUWAH
Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas rohnya

UMMU HANUNAH said...

Assalamualaikum.
Begitulah hakikatnya bahawa setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. Semoga dengan kematian ini akan lebih menginsafkan kita untuk lebih bertaqarrub kepada Allah.

.:: MuJahiDaH ::. said...

to ABU LUQMAN :

Salam ukhwah kembali.
Sama2 lah kita doakan moga arwah t'golong orang2 yg bertaqwa...
insyaallah...

to UMMU HANUNAH :

Waalaikumussalam...
Daripada Allah kita datang, kepada Allah jualah kita kembali... Sesungguhnya, moga kematian ini memberi peringatan kepada saya
dan sahabat2 lain. Walaupon saya x mengenali sangat ustaz asri,tetapi kembalinya arwah ke rahmatullah membuatkan diri ini juga turut rasa sedih...:(

moga kita sentiasa berlumba2 utk melakukan kebaikan dan sentiasa mendapat lindunganNya.Insyaallah.. "Hidup dan matiku hanya kepadaMu Ya Allah..."

Related Posts with Thumbnails