Wednesday, July 1

M.I.N.D.S (^_^)V

Awas!!! entri kali ni sangat la pnjang....huhu... klu ngantok, baik tidooo....


Minggu Induksi Siswa [ MINDS ] merupakan minggu orientasi bagi pelajar baru untuk mahasiswa/ mahasiswi (nape la kena diletakkan "maha" di permulaannya ye?) yang terpilih menjadi sebahagian warga UMP...  Oleh disebabkan hampir seminggu blog ini sunyi tanpa berita, ingin jugaklah untuk mencoretkan sesuatu... Setelah hampir masuk 4 tahun saya berada di UMP, selama 4 kali jua saya terlibat secara langsung @ tidak langsung dalam MINDS. 


MINDS 1
Pada 2 Julai 2006, saya menjejakkan kaki ke bumi KUKTEM [ Kolej Universiti Kejuruteraan & Teknologi Malaysia ] buat pertama kalinya yg sekarang dikenali sebagai UMP ( yang mana secara peribadi, saya lebih menyukai nama KUKTEM ). Bertolak saya dari daerah kelahiran saya, Kuala Terengganu seawal pagi, pukul 7 pagi. Tibalah saya di Gambang, Pahang kira-kira pukul 11 pagi. Dengan perasaan bercampur baur. Biasa la kan bila nak pergi ke tempat yang baru. Di sini la, saya terlibat MINDS yang pertama kalinya. Di sini, saya jumpa kembali kawan2 lama, ex-SHAMS... [fatihah, sabrina dan suriani] dan kwn2 dari KMM [maryam, hafiza, aznizan, firdaus dan rmai lagi]. Di hari pertama juga saya mengenali rumate2 saya.... Alhamdulillah, hubungan kami rapat sehingga kini...kami tetap bersama. Ramai pelajar tidak sabar2 untuk menunggu minggu ini berakhir... huhu... termasuklah saya... pepon, biasa la kan cabaran dalam menghadapi MINDS ni... ada seronok dan ade juga yg tidak berapa seronok... hmmm....

MINDS 2
Saya terpaksa berkorban cuti selama seminggu. Beradalah saya di UMP bersama-sama 2 org kakak senior yg merupakan exco kelab usahawan (kak cik dan kak elin) dan seorang kawan saya, fatihah. Kami diberi tugas untuk menjual makanan dan minuman utk pelajar baru (siswi) manakala siswa dijual oleh MT dan exco (muslimin). Pengorbanan cuti ini dibuat atas dasar rasa tanggungjawab... huhu... nak buat mcm mana la kan. Ketika waktu tu, saya diberi amanah menjadi timbalan bendahari Kelab Keusahawanan. Kami menjalankan jualan semasa Karnival MINDS'07. Kemudian, setiap malam pukul 12 kami bermula lah menjual makanan dan minuman di suatu tempat yg disediakan di dalam Kolej Kediaman. Kepenatan tu sangat2 la terasa.
Jualan dibuat tengah malam kerana waktu itu barulah program MINDS berakhir... "kami selalu berdoa moga program tu berakhir awal...kerana kami mau tidooooo.... huhu..."

MINDS 3
Kali ni, saya ingin berubah posisi pula... kalu dulu, jadi peserta dan pernah juga jadi peniaga... MINDS kali ni saya mahu jadi fasilitator... Saya mengisi la borang permohonan untuk menjadi fasi. Semangat betul...huhu... Kemudian, diadakan interview... selepas waktu isyak, saya hadiri la interview tu... bercampur baur la perasaan ni...huhu.... masuk lah saya ke dalam bilik tu bersama 4 orang lagi pelajar yang bersemangat ingin mencuba nasib. Kami diinterview 2 org staf UMP... macam2 la solan yg yg ditanya... huhu... sabor je... cool sudaaa....jgn gelabah... hoho.... Kali ni, 2 minggu saya kena korban cuti.. seminggu untuk pro-MINDS dan sminggu utk MINDS... Masa pro-MINDS mcm2 la program telah diadakan utk mempersiapkan diri sbelum menghadapi MINDS dari segi fizikal, mental dan rohani... mmg menguji fizikal ni... t'minum lumpur sudaa, mkn biskut lemau+lumpur... huhu...sabo2... muka disapu losyen diperbuat drp lumpur oleh "askar2"... uhhh...abis muka ku.... uwaaauwaa...mmg x sanggup tp terpaksa sanggup... sumenya gara2 biskut yg diberi gelaran "barang amanah" telah menjadi lembik semasa menyelam dalam lumpur...aish...mcm mane la bole t'lupa akan biskut itu... jika tidak, msti saya sanggup selamatkan biskut itu drp diri sndiri... ye la tu kan.... hehe...
Pepon, pengalaman menjadi fasi mmg la best... mmg menguji diri ni..huhu... Saya memilih utk menjadi ahli Jawatan Kuasa Penginapan. Mcm2 la tugas yg kami perlu lakukan. Menyediakan kunci utk pelajar baru, hiaskan papan kenyataan sekitar kolej kediaman, tunjukkan arah bilik, selesaikan mslh sekiranya mampu tlong... jika x mampu, kami akan kemukakan masalah kepada staf2. Mlm2 kena "on call" sekiranya diperlukan, walkie talkie tu jgn di"off", pesanan drp penaja...huhu... mcm2 la kan... kadang2 tido ku terganggu juga... huhu...sabo2... tapi itu la sume tugas yg kami kena lakukan... pepon, post mortem tgh2 mlm.. memang menguji kpd sape2... dah lah seharian rasa penat blom hilang lg, ditambah lagi post mortem bermula kul 12.15 mlm dan berakhir 3 @ 4 pagi...kul 5 pg pula, sume fasi diminta kejutkan pelajar2 baru...uhhh... tetapi begitu bile bkerja nnt.. bekerja dlm tekanan... ape org kate... "enjoy ur problem.." huhu..... sebenarnye, jd fasi mmg penat tp seronok bile igt kembali... bkerja dlm kumpulan dan selesaikan mslh sama2... sume penat... bile tugas diberi, jalankanlah amanah sebaik2nye... ermmm... kadang2 pernah juga solan ni ditanya kpd mak saya.. "mak, bole ke kite nak jadi engineer ni.... penat sungguh keje tu..." jgn tlog jwb ye...hoho....

MINDS 4
28hb Jun 2009... baru lg peristiwa ni... hehe... kali ni, saya dan 2 org sahabat, hana dan syidah same2 menjual tuk karnival MINDS'09... turut dibantu beberapa orang sahabat lain yg terlibat secara langsung @ tidak langsung... arigato gozaimasu!!!! Kami telah bersepakat utk menjual air buah spt carrot susu, tembikai dan oren dan makanan bergoreng spt nugget, sosej, keropok lekor "losong" dan kentang... seronok juga menjual ni, di samping dpt la untung sikit... tp kepenatan yg masih terasa smpai sekarang...huhu.... ptg tu, selepas abis mengemas, pulanglah kami ke bilik msing2... malam tu saya tido agaklah awal...huhu... rasanya blom terlambat untuk mengucapkan selamat datang kepada smua pelajar baru... selamat meneruskan perjuangan di bumi UMP tercinta ye !!!

Cukuplah coretan kali ni....huhu... mmg panjangkan... kesian kepada sesiapa yg masih membaca... mesti lps ni korang rasa ngantok....hehe... pepon, ni ada beberapa keping gambo masa minds yg berada dlm simpanan saya... Meh p tengok... hehe...

Gambar2 masa MINDS 3....

















































Gambar2 masa MINDS 4


























2 comments:

encikhaha said...

fuyoooooooo~aktif tue..bgus2x!!

.:: MuJahiDaH ::. said...

haha... aktif la sgt... smpai lenguh satu badan... hoho~~

Related Posts with Thumbnails