Saturday, July 4

Kita akan ke sana jua....


Ketika membuka laman sesawang sahabat2 adik saya, semua menceritakan mengenai pemergiaan seorang sahabatnya, Nabil Marwan yang telah kembali ke rahmatullah. Saya pasti, adik saya juga akan berbuat demikian tetapi memadangkan dia sekarang berada di Johor untuk menghabiskan cutinya sebagai menggantikan cuti yang sepatutnya pada 2hb julai dia akan bertolak ke Kemboja terpaksa ditangguhkan kerana H1N1. [ x pe Edi, klu ade rezeki kalian semua akan melaksanakan misi yang tertangguh tu] 

Bukan entri kali ni turut terkena tempias menceritakan mengenai arwah. Saya sebenarnya memang tidak mengenali arwah tetapi perkembangan arwah selalu diceritakan oleh adik saya. Selalu juga adik saya berulang alik dari PJ ke Hospital yg terletak di Teluk Intan untuk melawat sahabatnya yang sangat rapat dengannya itu.
  Siapa tidak sedih apabila mengetahui sahabat kita akan meninggalkan kita selama-lamanya. Saya juga pernah mengalaminya. Pemergiannya tanpa disangka-sangka. Rasa baru semalam kami bertemu, pergi ke kelas, buat projek... [uh, memang tidak dpt dilupakan]... Tetapi siapalah kita untuk menidakkan segala ketentuan Allah. Ajal maut memang tidak dapat kita tangguhkan walau sesaat pon. Lupakah kita kepada nasihat Rasulullah s.a.w kepada Abdullah bin Umar : "Di waktu pagi janganlah kau katakan kepada dirimu akan hidup hingga petang, dan setibanya waktu petang jangan katakan kepada dirimu akan hidup sampai pagi. Ambillah kesempatan masa hidupmu untuk persiapan mati, masa sihatmu untuk persiapan waktu sakit. Kerana sesungguhnya kamu wahai Abdullah, belum tahu siapa akan dipanggil besok nanti." (Riwayat Ibnu Hibban dari Abdullah bin Umar). 


Mati adalah satu proses transisi dari alam dunia menuju alam barzakh sama seperti kelahiran iaitu proses transisi dari alam roh ke alam dunia. Semoga pemergiaan orang2 yang kita sayangi memberi satu peringatan kepada kita yang masih berada di alam dunia yang penuh pancaroba kehidupan. Moga kita sentiasa bermujahadah untuk menjadi lebih baik hari ni dari semalam. Bukannya mudah untuk menjadi yang terbaik, tetapi bukanlah mustahil. Semuanya memerlukan keazaman yang kuat.

Nasihat Nabi s.a.w dengan sabdanya : "Ingatlah mati! Demi Zat yang jiwaku dalam kekuasaanNya, kalau kamu tahu apa yang aku ketahui, tentulah kamu akan sedikit tertawa dan banyak menangis." Bersediakah kita untuk menghadapi MATI ??? Ya Allah, adakah hidupku selama ni berlandaskan syariatMu... sememangnya, saya tahu saya masih lagi banyak kekurangan. Masih memerlukan bimbingan agar tidak terpesong dalam mengharungi kehidupan penuh cabaran... [Ya Allah... berilah aku kekuatan...]

Semoga kita semua sentiasa membuat persediaan menghadapi kematian. Di sini, terdapat beberapa tips persediaan yang saya ambil daripada Majalah Solusi (Isu no.8). Persediaan untuk menghadapi kematian akan mendorong kita untuk melaksanakan 3 perkara berikut:


1) Berbuat Baik
Melakukan banyak kebaikan buat diri, keluarga dan masyarakat yang akan memberi manfaat samaada semasa hidup ataupun setelah mati. Mereka umpama musafir yang menyediakan segala bekalan dan persiapannya menuju destinasinya. Mereka faham bahawa hidup di dunia adalah umpama "tanam-tanaman" utk akhirat. Oleh itu, mereka sangat rajin dan aktif "menanam" pohon kebaikan yang akan dituai hasilnya di akhirat.


2) Tabah Hadapi Ujian

Menghadapi ujian hidup di dunia (sementara) dengan tabah demi mengharapkan kesenangan di akhirat (kekal). Mereka rela dan tega menerima kesukaran yang kecil di dunia sebagai taruhan untuk menyelamatkan daripada kesukaran yang besar di akhirat. Dalam kitab Mukhasyafah al-Qulub, Imam Ghazali menulis bahawa seorang ulama Ibrahim al-Taimiyi berkata, "Sesiapa yang selalu mengingati mati, ringanlah baginya musibah dunia dan kedukaannya."


3) Segera Bertaubat
Menyegerakan taubat atas dosa yang dilakukan terhadap Allah dan sesama manusia. Dosa ialah kotoran batin yang begitu aib untuk dibawa bertemu Allah. Sedangkan mati adalah gerbang pertemuan dgn Allah. Kalau seorang raja dia akan memakai pakaian yang sebaik-baiknya, maka begitulah seorang hamba hendak mengadap Tuhannya, sewajarnya dia memakai "pakaian" yang sebaik-baiknya untuk mengadap Tuhannya. Namun dia sedar, Allah tidak melihat rupa lahiriahnya melainkan jika bersih hatinya daripada dosa-dosa. Sabda Rasulullah s.a.w : "Sesungguhnya Allah tidak melihat rupa lahir kamu tetapi Allah melihat hati dan amalan kamu."

Menyedari bahawa mati boleh datang tiba-tiba itu adalah satu kaedah untuk melembutkan hati. Kata Imam al-Ghazali : "Carilah hatimu di tiga tempat... Carilah hatimu sewaktu bangun membaca al-Quran. Jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru, kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak punyai hati !"

Mudah-mudahan kita dapat menteladani para salafussoleh yang sentiasa mengingati mati dan bersedia untuk menghadapinya. Mudah-mudahan mati sentiasa "hidup" di dalam hati kita!


"Ya Allah ya Tuhan kami, sudahilah hidup kami dengan kesenangan yang baik (husnul khatimah) dan janganlah Engkau sudahi hidup kami dengan kesudahan yang jahat (suul khatimah)"



0 comments:

Related Posts with Thumbnails