Saturday, July 18

Kerana mereka, Kamu ada...

"Apabila kau ingin berteman, Janganlah kerana kelebihannya, Kerana mungkin dengan satu kelemahan, Kau mungkin akan menjauhinya.... Andai kau ingin berteman, Janganlah kerana kebaikannya, Kerana mungkin dengan satu keburukan, Kau akan membencinya.... Andai kau inginkan sahabat yang satu, Janganlah kerana ilmunya, Kerana apabila dia buntu, Kau mungkin akan memfitnahnya.... Andai kau inginkan seorang teman, Janganlah kerana sifat cerianya, Kerana andai dia tidak pandai menceriakan, Kau mungkin akan menyalahkannya.... Andai kau ingin bersahabat, Terimalah dia seadanya, Kerana dia seorang sahabat, Yang hanya manusia biasa.... Jangan diharapkan sempurna, Kerana kau juga tidak sempurna, Tiada siapa yang sempurna.. Tapi bersahabatlah kerana Allah... " 


Sebenarnya, saya memang terasa agak malas untuk update blog ni. Tetapi, bila membaca mutiara kata tu, saya berpendapat mutiara kata tu mengandungi kata2 yang amat mendalam dan sangat bertepatan dengan 'mood' saya untuk mencoretkan sedikit mengenai persahabatan.

Pernahkah kita terpikir walau sedikitpun, sahabat adalah seseorang yang akan membuat kita ada seperti kata orang bijak "jangan pernah melupakan seorang sahabat, kerana mereka kamu ada" tapi apa erti seorang sahabat bagi kebanyakan orang? Sahabat adalah tempat kita mengadu, tempat kita untuk berkongsi susah ataupun senang. Apa itu erti seorang sahabat??? terlalu naif kalau kita menafsirkan seperti itu. Jangan menjadikan sahabat seperti tempat sampah dari apa-apa yang kita rasa. Seorang sahabat itu seperti pelangi. Indah kerana warnanya. Sahabat sejati adalah sahabat yang selalu berkata jujur kepada sahabatnya kerana kejujuran adalah segalanya.



Ni antara kata2 mengenai sahabat... saya lupa dari mana sumbernya... marilah kita renungkan...




Apa yang kita alami demi teman kadang-kadang melelahkan dan menjengkelkan, tetapi itulah yang membuat persahabatan mempunyai nilai yang indah.
Persahabatan sering menyuguhkan beberapa cobaan, tetapi
persahabatan sejati bisa mengatasi cobaan itu bahkan
bertumbuh bersama karenanya…

Persahabatan tidak terjalin secara otomatis tetapi
membutuhkan proses yang panjang seperti besi menajamkanbesi,
demikianlah sahabat menajamkan sahabatnya. Persahabatan
diwarnai dengan berbagai pengalaman suka dan duka, dihibur-disakiti,
diperhatikan-dikecewakan, didengar-diabaikan, dibantu-ditolak,
namun semua ini tidak pernah sengaja dilakukan
dengan tujuan kebencian.

Seorang sahabat tidak akan menyembunyikan kesalahan
untuk menghindari perselisihan, justeru kerana kasihnya
ia memberanikan diri menegur apa adanya.

Sahabat tidak pernah membungkus pukulan dengan ciuman,
tetapi menyatakan apa yang amat menyakitkan
dengan tujuan sahabatnya mau berubah.

Proses dari teman menjadi sahabat membutuhkan usaha pemeliharaan dari kesetiaan, tetapi bukan pada saat kita membutuhkan bantuan barulah kita memiliki motivasi mencari perhatian, pertolongan dan pernyataaan kasih dari orang lain, tetapi justeru ia beriinisiatif memberikan dan mewujudkan apa yang dibutuhkan oleh sahabatnya.

Kerinduannya adalah menjadi sebahagian daripada kehidupan sahabatnya,
kerana tidak ada persahabatan yang diawali dengan sikap egoistis.
Semua orang pasti membutuhkan sahabat sejati,
namun tidak semua orang berhasil mendapatkannya.
Banyak pula orang yang telah menikmati indahnya persahabatan, namun
ada juga yang begitu hancur kerana dikhianati sahabatnya.

Beberapa hal seringkali menjadi penghancur persahabatan antara lain :
1. Masalah bisnes UUD (Ujung-Ujungnya Duit)
2. Ketidakterbukaan
3. Kehilangan kepercayaan
4. Ketidaksetiaan.
Tetapi penghancur persahabatan ini telah berhasil dipatahkan oleh sahabat-sahabat yang teruji kesejatian motivasinya.

Renungkan :
**Mempunyai seorang sahabat sejati lebih berharga dari seribu teman yang mementingkan diri sendiri
“Dalam masa kejayaan, teman2 mengenal kita... Dalam kesengsaraan, kita mengenal teman2 kita.”**

Oleh kerana itu teman, jagalah persahabatan yang sudah terjalin selama ini, tetap jalinlah komunikasi yang baik, sekiranya kita pernah melakukan kesalahan kepada sahabat, janganlah malu untuk mengakui kesalahan itu... mintalah kemaafan drp sahabat dan janganlah kecewakan sahabat yang telah menjadi teman-teman saat ini... Perbezaan pendapat atau salah paham adalah hal biasa, tapi komunikasikanlah semua itu dengan sebaik-baiknya agar salah faham yang telah berlaku tidak akan terjadi lagi. Indahnya persahabatan saat kebahagiaan dan kesedihan, menjadi satu jalinan kebersamaan.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails