Wednesday, July 8

Apakah ini....???

Akhirnya cuti saya berakhir... maka bermulalah episod baru. Episod baru sahaja bermula, tetapi bagi saya episod ni sangat sukar untuk saya hadapi dan bakal dihadapi. Ya Allah, mampukah aku menghadapinya? Apa yang saya rasa turut dirasa seluruh pelajar yang bergelar pelajar final year yang akan berpindah ke Pekan... mcm mane PSM 2 ku???? hmmm....


Dalam beberapa hari ni, tensen + give up telah menguasai diri... tgh2 fikiran bercelaru, terdetik pula hati ingin membaca buku yang telah dibeli 2 minggu lepas... Buku itu dibeli secara tidak sengaja.. huhu....buku tu terbeli apabila tertarik dgn tajuk buku tersebut, "Motivasi Menjadi Wanita Paling Bahagia"... Makin bertambahlah koleksi bukuku... [beli2 juga, jgn simpan dlm almari je.... hoho...]

Ingin berkongsi sedikit isi kandungan buku tersebut yang membuatkan diri saya merasai, saya la wanita paling bahagia....[bahagia kah??? sebenarnya fikiran tgh berserabut...huhu]... Kandungan buku tersebut pada m/s 85, Janganlah Mudah Berputus Asa dan Berhenti Berjuang... [sape2 yg ade buku tu, leh rujuk ye... sape2 yang belom ade, cepat2 dapatkannye...]

Sebenarnya, penerangan dalam buku itu sangat la ringkas... tiada la ayat2 yang panjang lebar... Tetapi ianya cukup memberi peringatan kepada diri ni. Kalimah "La haula wala quwwata illa billah" ... kalimah selalu didengari sejak kecil lagi... tapi tahukah akan maknanya? Kalimah yg mempunyai makna "Tiada daya dan kekuatan kecuali dengan kekuatan Allah"... Kadang2 dugaan yang dihadapi membuatkan diri ni berputus asa.Yup, saya turut merasainya..Ya Allah, aku mahu bangkit !!!

Antara kandungan buku itu diceritakan seorang ibu yang terpaksa kehilangan satu-satunya anaknya kerana dipenjara. Si ibu tidak boleh tidur dan hari-harinya berlalu dengan ratapan dan kepiluan. Kemudian Allah membimbingnya untuk mengucapkan "La haula wala quawwata illa billah". Diulang-ulangnya kalimah agung itu, kalimah yang menjadi salah satu dari harta simpanan di syurga.

Tidak lama setelah itu, ketika dia hampir putus asa, tiba-tiba si anak datang mengetuk pintu rumahnya. Wanita itu terkejut bercampur bahagia dan senang. Ini adaah hasil pergantungannya kepada Tuhan, memperbanyakkan berdoa dan berserah kepada Allah. Beramallah dengan "La haula wala quawwata illa billah". Kalimah tersebut kalimah yang agung yang menyimpan rahsia kebahagiaan dan kemenangan. Perbanyaklah membacanya. Buanglah kesedihan, kekalutan, kerisauan dengan membacanya. Bergembiralah dengan kebahagiaan dari Allah. Janganlah kita berputus harapan atau mengalami kegagalan. Tidak ada kesusahan kecuali beriringan dengan kemudahan.

Demikianlah hukum kehidupan dan sebahagiaan dari kehidupan itu sendiri. Berbaik sangkalah kepada Allah. Bertawakallah kepadaNya. Mintalah apa yang ada padaNya dan tunggulah kemenangan dariNya. Dengan melalui kejadian-kejadian tidak menyenangkan itulah mengajarmu tentang nilai suatu nikmat.... [saya sedang mempelajarinya.... hmm...]


"Janganlah menjadikan kesusahan dan kesedihan kita sebagai hal yang penting untuk diperkatakan, kerana dengan berbuat begitu bermakna kita telah menjadikan hal tersebut sebagai penghalang untuk mencapai kebahagiaan."

Sambil2 menaip luahan hati, saya dgr lagu ni...huhu.... :(


Kehidupan
Album : Tiada Lagi Kasih
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com



Kesenangan yang datang
Tak akan selamanya
Begitulah selepas susah ada kesenangan
Seperti selepas malam datangnya siang
Oleh itu waktu senang jangan lupa daratan

Gunakan kesempatan untuk kebaikan
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan
Apa guna sesalan hanya menekan jiwa

Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali

Ujian adalah tarbiyah dari Allah
Apakah kita ?kan sabar ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari tuhan


p/s: entri kali ni hanya amik dari isi kandungan buku tersebut tuk mengingatkan diri dan kawan2 lain yang sedia maklum amat2 kecewa apa yg sedang dialami... pepon, saya harap semua yang berlaku hanya sementara... diharap kalian dpt doakan moga urusan kami dipermudahkan... insyaallah....

2 comments:

HaDi said...

tringat plak ttg buku 'La Tahzan'...
Jgn bersedih untuk perkara yang telah lepas kerana sesedih manapn,ia tidak mengubah ape pn,,
jgn pula terlalu risau untuk ape yang akan datang kerana selalunya sangkaan kita jauh lebih teruk daripada perkara yang sebenar akan berlaku..
tp jalanilah arini dgn bermakna,,kerana ia sedang berlalu...

.:: MuJahiDaH ::. said...

ermm, buku "La Tahzan" ngan buku ni isinya mmg lebih kurang same je. Lgpon, ditulis oleh penulis yg same... btw mmg bgus sgt tuk dibaca..

btul2.. t'lalu risau sesuatu membuatkan seseorag tu b'putus asa. Sbenarnya, kita mstilah lakukan sesuatu dgn bsungguh2, x perlu dirisaukan apa yg akan berlaku esok...

Related Posts with Thumbnails