Thursday, July 30

Tarbiyyah Dzatiyah

Tarbiyyah Dzatiyah.... Mungkin sahabat2 sudah biasa mendengar perkataan itu tetapi bagi  saya  ianya satu perkataan yg amat asing... sekiranya "tarbiyyah" selalu juga didengari.

Alhamdulillah, Allah masih memberi kekuatan diri ini menyertai "pengisian". Mungkin nama "pengisian" lebih dekat di hati kerana ada juga sebilangan amat2 fobia dgn nama "usrah". Mungkin bagi kebanyakkan, "usrah" hanya untuk orang begini2... dan bukan untuk orang begitu2 [uh.... mengapakah ada begini dan begitu???]... walaubagaimanapon, saya masih dahagakan ilmu2 yang dpt memandu diri ini ke arah kebaikan.

Read more

Saturday, July 25

Tak SaBarNye.....

Tak sabar??? isk3... teruk sungguh kan? pepon, saya memang sangat2 tak sabar... tak sabar nak pindah!!! huhu.... pepon, berkat doa + solat sunat hajat semua warga UMP, akhirnya semalam kami diputuskan utk berpindah ke kampus baru di Pekan pada 27hb Julai 2009... Alhamdulillah... walaupon sepanjang 3 minggu ni di Gambang, tetapi proses pembelajaran tetap berjalan seperti biasa... assignment, kuiz, presentation juga telah berjalan seperti biasa cuma lab je terpaksa ditangguhkan kerana semua barang2 di lab telah dipindahkan ke Pekan. Kesibukan makin terasa sejak akhir2 ni. Byk benda yang perlu disettlekan...
Read more

Saturday, July 18

Kerana mereka, Kamu ada...

"Apabila kau ingin berteman, Janganlah kerana kelebihannya, Kerana mungkin dengan satu kelemahan, Kau mungkin akan menjauhinya.... Andai kau ingin berteman, Janganlah kerana kebaikannya, Kerana mungkin dengan satu keburukan, Kau akan membencinya.... Andai kau inginkan sahabat yang satu, Janganlah kerana ilmunya, Kerana apabila dia buntu, Kau mungkin akan memfitnahnya.... Andai kau inginkan seorang teman, Janganlah kerana sifat cerianya, Kerana andai dia tidak pandai menceriakan, Kau mungkin akan menyalahkannya.... Andai kau ingin bersahabat, Terimalah dia seadanya, Kerana dia seorang sahabat, Yang hanya manusia biasa.... Jangan diharapkan sempurna, Kerana kau juga tidak sempurna, Tiada siapa yang sempurna.. Tapi bersahabatlah kerana Allah... " 
Read more

Wednesday, July 15

Man Jadda Wa Jada... ^_^

Rasanya blog ni makin dipinggirkan...huhu... tak tau nak taip entry pasal ape.. isk3... pepon, insyaallah apabila ada masa, saya akan jenguk juga blog ni...

Skrg saya amat2 pening dgn projek saya... rasa mcm x sabar je nak p lab... huhu.... saya ada terjumpa sedikit maklumat tuk projek saya... convert m.file to vhdl code... syukur la kan... i'll try my best... insyaallah... tp lagi seronok sekiranya dapat ke lab, dapat trial and error...nampak juga hasilnya..huhu... :(

Read more

Wednesday, July 8

Apakah ini....???

Akhirnya cuti saya berakhir... maka bermulalah episod baru. Episod baru sahaja bermula, tetapi bagi saya episod ni sangat sukar untuk saya hadapi dan bakal dihadapi. Ya Allah, mampukah aku menghadapinya? Apa yang saya rasa turut dirasa seluruh pelajar yang bergelar pelajar final year yang akan berpindah ke Pekan... mcm mane PSM 2 ku???? hmmm....
Read more

Saturday, July 4

Kita akan ke sana jua....


Ketika membuka laman sesawang sahabat2 adik saya, semua menceritakan mengenai pemergiaan seorang sahabatnya, Nabil Marwan yang telah kembali ke rahmatullah. Saya pasti, adik saya juga akan berbuat demikian tetapi memadangkan dia sekarang berada di Johor untuk menghabiskan cutinya sebagai menggantikan cuti yang sepatutnya pada 2hb julai dia akan bertolak ke Kemboja terpaksa ditangguhkan kerana H1N1. [ x pe Edi, klu ade rezeki kalian semua akan melaksanakan misi yang tertangguh tu] 

Bukan entri kali ni turut terkena tempias menceritakan mengenai arwah. Saya sebenarnya memang tidak mengenali arwah tetapi perkembangan arwah selalu diceritakan oleh adik saya. Selalu juga adik saya berulang alik dari PJ ke Hospital yg terletak di Teluk Intan untuk melawat sahabatnya yang sangat rapat dengannya itu.
  Siapa tidak sedih apabila mengetahui sahabat kita akan meninggalkan kita selama-lamanya. Saya juga pernah mengalaminya. Pemergiannya tanpa disangka-sangka. Rasa baru semalam kami bertemu, pergi ke kelas, buat projek... [uh, memang tidak dpt dilupakan]... Tetapi siapalah kita untuk menidakkan segala ketentuan Allah. Ajal maut memang tidak dapat kita tangguhkan walau sesaat pon. Lupakah kita kepada nasihat Rasulullah s.a.w kepada Abdullah bin Umar : "Di waktu pagi janganlah kau katakan kepada dirimu akan hidup hingga petang, dan setibanya waktu petang jangan katakan kepada dirimu akan hidup sampai pagi. Ambillah kesempatan masa hidupmu untuk persiapan mati, masa sihatmu untuk persiapan waktu sakit. Kerana sesungguhnya kamu wahai Abdullah, belum tahu siapa akan dipanggil besok nanti." (Riwayat Ibnu Hibban dari Abdullah bin Umar). 

Read more

Wednesday, July 1

M.I.N.D.S (^_^)V

Awas!!! entri kali ni sangat la pnjang....huhu... klu ngantok, baik tidooo....


Minggu Induksi Siswa [ MINDS ] merupakan minggu orientasi bagi pelajar baru untuk mahasiswa/ mahasiswi (nape la kena diletakkan "maha" di permulaannya ye?) yang terpilih menjadi sebahagian warga UMP...  Oleh disebabkan hampir seminggu blog ini sunyi tanpa berita, ingin jugaklah untuk mencoretkan sesuatu... Setelah hampir masuk 4 tahun saya berada di UMP, selama 4 kali jua saya terlibat secara langsung @ tidak langsung dalam MINDS. 


Read more
Related Posts with Thumbnails