Monday, June 15

STROKE serangan sukar diramal...



STROKE atau juga dikenali sebagai angin ahmar jika meyerang akan menyebabkan mangsanya lemah, lumpuh dan boleh menjadi penyebab kepada kematian. Mangsa stroke mengalami lumpuh dan lemah anggota badan sama ada sebelah badan atau keseluruhannya.

Ramai yang mengetahui kewujudan penyakit ini tetapi tidak ramai yang mengetahui sejauhmana ia boleh menyerang dan kekerapan serangannya terhadap mangsa. Faktor umum penyebab stroke ialah apabila pembuluh darah diserang penyakit yang mengganggu pengaliran darah ke otak. Seterusnya bahagian tersebut akan terjejas dan berhenti berfungsi.

Serangan stroke secara tiba-tiba ini membuatkan si mangsa tidak mengalami sebarang tanda amaran kedatangan penyakit ini sehinggalah tiba waktunya dia mengalami rasa lemah-lemah dan lumpuh sebelah badan sama ada kiri atau kanan.

Lemah dan lumpuh akibat stroke ini akan menyebabkan mangsa mengalami kesukaran untuk bercakap atau kemungkinan kehilangan terus keupayaan bercakap atau dikenali sebagai aphasia. Antara masalah lain ialah kemungkinan berlakunya gangguan pada bahagian otak yang lebih penting peranannya.


Bagaimanapun bukan semua jenis stroke akan menyebabkan lumpuh. Ini kerana gangguan saraf berlaku jauh daripada bahagian otak yang mengawal pergerakan. Bagaimanapun kes begini jarang berlaku dan hampir 85 peratus mangsa stroke akan mengalami masalah kekejangan saraf dan otot yang membawa kepada lumpuh sementara atau kekal.

PENYEBAB STROKE
SAMA seperti bahagian tubuh yang lain, otak harus menerima bekalan berterusan melalui pembuluh darah dan arteri. Jika salah satu daripada arteri tersumbat, bahagian otak yang tidak mendapat bekalan darah akan mati kerana tidak mendapat bekalan oksigen dan pemakanan otak yang biasanya dibawa bersama di dalam darah.

Adakalanya keadaan stroke menjadi semakin serius apabila pembuluh darah yang berselirat di otak menyebabkan ia berkait antara satu sama lain. Ini menjadikan bahagian otak yang tidak mati turut mengalami kerosakkan disebabkan oleh perkaitan tersebut.

Teriadinya pecah pembuluh darah di otak juga menjadi penyebab kepada serangan stroke. Bila ini berlaku, darah akan mengalir dalam tekanan yang amat rendah hingga merosakkan bahagian saraf yang seharusnya menerima oksigen secukupnya.

PENYAKIT
HALANGAN arteri di dalam otak boleh juga berpunca daripada beberapa penyakit pembuluh itu sendiri yang akan menyebabkan pembuluh tersumbat. Darah yang membeku boleh menjadi punca ia tersekat dan ini dipanggil cerebral embolism. Manakala Throm-bosis atau pembekuan darah berlaku apabila arteri disekat oleh lemak yang melekat di dinding arteri.

Embolisms Embolisms boleh disebabkan oleh penyakit jantung atau gangguan pada arteri utama. Penyakit jantung dan stroke berkait antara satu sama lain. Banyak bukti menunjukkan beberapa jenis serangan jantung akan menyebabkan stroke pada si mangsa.

Manakala bagi penyakit cerebral haemorrhages iaitu salur darah pecah juga boleh menjadi punca stroke. Dinding salur darah yang tidak kuat dipanggil aneurysms akan pecah apabila menerima tekanan darah yang lebih tinggi daripada biasa. Tekanan darah tinggi juga memberi kesan pada ketahanan dinding pembuluh darah.

Sesetengah orang mempunyai risiko yang lebih tnggi untuk mendapat stroke berbanding yang lain. Golongan manakah yang mempunyai risiko yang tinggi untuk diserang stroke? Selain pesakit jantung, mereka yang mengidap penyakit diabetis, tekanan darah dan kolestrol tinggi serta seorang perokok merupakan mereka yang paling berisiko untuk mendapat stroke. Ramai beranggapan faktor keturunan sebagai punca penyakit stroke tetapi ternyata masih tidak terdapat sebararg bukti tentang faktor ini.

TANDA
SESETENGAH pesakit akan mengalami petanda dan amaran beberapa minggu atau bulan sebelum diserang stroke yang serius. Biasanya tanda-tanda ini termasuklah rasa lemah anggota badan {sebelah kiri atau kanan badan) dan pandangan mata yang beransur kabur. Bagaimanapun kebanyakkan pesakit tidak mengalami sebarang tanda amaran bagi membolehkan mereka menjalani rawatan.

Cuma yang mungkin dapat dirasai pesakit ialah apabila mereka dapati sebelah badan terasa sakit dan lemah sehingga membawa kepada lumpuh. Begitu juga dengan kehilangan keupayaan bercakap dan apabila bertutur semakin sukar difahami.

Tidak ada apa yang lebih mengembirakan kepada para pesakit kronik seperfi stroke apabila mempunyai harapan untuk sembuh begitu juga sekiranya mendapat tahu tentang penemuan baru untuk menyembuhkan penyakit yang dideritai.

TERAPI SONOTRON HARAPAN MANGSA STROKE
BIASANYA rawatan untuk stroke bergantung kepada sejauhmana seriusnya kerosakan otak yang dialami oleh pesakit. Bagi pesakit stroke mereka biasanya akan menjalani beberapa siri rawatan untuk memulihkan anggota yang lemah atau lumpuh.

Terapi Sonotron merupakan satu kaedah baru yang dijangka memberi harapan sembuh kepada pesakit stroke. Bagi Pengarah Pusat Kesihatan Pelajar UPM, Dr. Yahya Abu Ahmad kejayaan mengaplikasikan alat yang dinamakan Terapi Sonotron kepada pesakit stroke dapat memberi sinar baru kepada setiap pesakit stroke biarpun masih belum diisytiharkan keberkesanannya secara umum.

Sonotron adalah rawatan tanpa menggunakan sebarang ubat-ubatan. Sebelum ini kaedah sonotron hanya digunakan untuk mereka yang mengidap sakit sendi dan otot. Alat ini dikatakan mampu mengurangkan rasa sakit dengan cepat hanya dengan sekali rawatan.

Bagi mangsa stroke mereka biasanya akan menjalani rawatan dan terapi selama tiga bulan hingga dua tahun. Menurut Dr. Yahya rawatan terapi Sonotron membantu mempercepatkan kaedah rawatan bahagian fizikal terutama di bahagian sendi. Rawatan terapi ini akan mengambil masa satu hingga dua jam untuk setiap kali rawatan. Pancaran Sonotron merangsang pemulihan urat saraf dan sel-sel yang kian rosak.

Terapi ini akan memberi tumpuan pada bahagian sendi yang bermasalah dan juga kawasan otak yang dijangka menjadi punca stroke berlaku. Dari kalian yang dilakukan terapi Sonotron ini berjaya menunjukkan tindak balas memuaskan di mana seorang pesakit telah menunjukkan tanda-tanda untuk pulih setelah menjalani 28 sesi rawatan menggunakan terapi ini.


NONA, JULAI 1996, M/S 132-133

0 comments:

Related Posts with Thumbnails