Tuesday, June 16

Semua MiLiK ALLAH….

Sedih, risau, mcm2 perasaan ku rasa... "Ya Allah... engkau sedang berbicara dgnku dan saudara  maraku ketika kami menanti saat bahagia...."

5hb Jun baru ni, saya dan sedara mara sume bertolak ke Shah Alam utk menghadiri mjlis p’khwinan spupu saya (pengntin lelaki) di umah pengantin pompuan.. b’kampunglah kami di intekma smpai 7hb Jun… sempat jugak saya sekeluarga dan sume saudara mara membeli belah di sana…

13hb Jun pula diadakan mjlis menyambut menantu di rumah pihak lelaki kat KT. Sebelum menjelangnya tarikh tu, kami smua sibuk menyediakan persiapan knduri… Ramai sedara mara balik kg tuk meraikan mjlis tu, mcm nak raya je. Spnjg wat persiapan kenduri, smua sibuk wat keje… seronok pon ada… dpt kumpul rmai2…bersyukur kpdMu Ya Allah… Moga silaturrahim antara kami semua berkekalan sampai bila-bila…

Menjelanglah hari yg ditunggu2… mjlis bermula 11pg… ketika pak cik ku a.k.a ayah pengantin lelaki yg dgn nama panggilan “ayah de” tgh bersiap2 menguruskan diri… tetiba, ayah de saya rasa lemah badan… kedudukan mulut spt brubah sedikit… Cepat2 pak su sy menghantar ayah de ke hospital kira2 pkul 10.30pg… Mjlis diteruskan walaupon tnpa ayah de yg telah dimasukkan di wad. Ramai jemputan t’kejut… Sape x t’kejut.. kami yg selalu melihat dia pon terkejut besar… Rmai jmputan yg hadir ke majlis tu, kemudianya melawat ayh de di wad yang mana telah disahkah strok lumpuh separuh badan…

Semuanya milik Allah… berat mata memandang, tp berat lg bahu memikul… saya tau ayah de mesti mau berjalan smula… Ayh de mmg seorg ceria, tp skrg hnya air mata jd penemannya… sukar utk difahami bg org yg melihat… Ayah de msti nak p skolah… mesti rmai anak murid ayah de tgh rindukan guru besarnya… Semuanya berlaku dlm sekelip mata… “Ya Allah, sembuhkanlah penyakit ayah de… ”

“ Siapalah kita utk melawan kehendakNya. Stiap yg berlaku pasti ada hikmahnya.” Walaupon senang utk dilafazkan kata2 itu… tetapi memang perit rasanya utk menelan kata2 tu… Allah Maha Berkuasa utk menguji sesiapa sahaja… Apa yg berlaku adalah satu tzkirah yg t’sirat byk hikmahnya yg x dpt diterjemahkan… wamakaru wamakarallah wallahu khairul makiriin… Saya hrp sahabat2 dpt doakan juga ayah saudara saya moga beliau cepat sembuh drp penyakitnya…

Memang hidup ini tidak akan pernah sunyi dari setiap dugaan dan ujian. Apa yang boleh saya katakan, sebagai umat Islam seharusnya kita yakin sesungguhnya setiap cabaran dan ujian hidup itu adalah bukti kasih sayang Allah terhadap kita.


0 comments:

Related Posts with Thumbnails