Saturday, June 20

Anak MithaLi....




Anak mithali ialah anak yg tahu membalas jasa ibu bapanya. Anak2 begini akan mendapat keberkatan drp Allah S.W.T. Kehidupannya berbahagia di dunia, manakala di akhirat dikurniakan kenikmatan yg tidak terhingga di syurga. Imam Al-Ghazali r.h.m telah menggariskan ciri-ciri anak mithali di dalam kitabnya Ihya' Ulumiddin. Antara ciri-ciri tersebut adalah seperti berikut:

1) Berbicara dgn ibu bapa dgn suara yg lemah lembut. Ini dijelaskan dlm firman Allah: "Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kpd kedua ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya @ kedua2nya sekali, smpai kpd umur tua dlm jagaan dan peliharaanmu, maka jgnlah engkau b'kata kpd mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ah" dan jgnlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kpd mereka p'kataan yg mulia (yg bersopan santun)." (al-Israk:23)

2) Tidak mengalihkan pandangan mata ketika kita berbicara dgn ibu bapa. Ini kerana org yg tidak memandang wajah ayah dan ibunya ketika berbicara adalah seorang yg sombong.

3) Tidak berjalan di hadapan ayah dan ibu, melainkan dgn menundukkan badan sbg tanda menghormati mereka.

4) Tidak duduk dgn mendahului ayah dan ibu. Suatu riwayat dari Abu Hurairah r.a, suatu ketika beliau melihat 2 org lelaki lalu di hadapannya. Beliau bertanya kpd lelaki yg lebih muda: "Apakah hubungan kamu dgn lelaki ini?" tanyanya sambil menunjuk kpd lelaki yg lebih tua. Maka jawab lelaki itu: "Dia ialah bapaku." Maka Abu Hurairah memberi 3 nasihat iaitu:
i - Jangan kamu panggil dia dgn namanya
ii - Jangan kamu berjalan mendahuluinya
iii - Jangan kamu duduk sebelumnya

5) Sentiasa mendoakan kebaikan utk ibu bapanya.

6) Tidak bercekak pinggang di hadapan ibu bapa. Allah berfirman: "Dan hendaklah engkau merendah diri kpd keduanya krn belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (utk mereka, dgn berkata): Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil." (al-Israk:24)

7) Tidak menghina ibu bapa sama ada dgn kata-kata @ perbuatan. Sebaliknya bersyukur atas segala jasa mereka dgn membalas budi mereka dan memenuhi segala keperluan mereka. Firman Allah: Kata Nabi, anak-anak menziarah ibu dan ayahnya akan mendapat 100 kebajikan, dihapuskan 100 kebuluran dan ditingkatkan 100 darjatnya bg setiap langkah menuju ke rumah ibu dan ayahnya.

8) Mengurus ibu bapa yg sudah uzur tanpa berkira-kira.

9) Menyediakan segala keperluan ibu bapa seperti makanan, pakaian dan keperluan lain.

10) Segera datang kpd mereka apabila dipanggil dan sentiasa menggembirakan hati mereka dgn melakukan apa yg mereka sukai.

Semoga kita semua tergolong anak mithali... Sayangi dan hormatilah mereka berdua yg mana telah banyak berkorban utk kita... "Mak Ayah...ampunkanlah anakmu ni...."

0 comments:

Related Posts with Thumbnails