Friday, March 20

M.a.S.a....


Sudah hampir sebulan blog ni sepi daripada sebarang posting t'baru... huhu.... mtk maaf byk2 kpd peminat setia yg mengunjungi blog ni... [ade ke pengunjung setia.... perasan je ni...huhu]... Sebenarnye, mase amatl2ah mencemburui sy... byk tugas2 perlu diselesaikan...huhu...  Nak wat cm ne... bese la asam garam hidup sbg seorang student... posting kali ni.. x de pape yg menarik.. klu nak bace..silakan bace... huhu... ni cume coretan utk memeriahkan blog yg semakin sunyi sepi...




Dlm mase sminggu ni...byk btul keje kena slesaikan... dgn projek micro-C + assignment + lab report + psm... huhu... aih..penat2... sume benda nak wat... tp mase 24 jam tu, bg saya amat2 lah singkat.... pepon, pengurusan mase amatlah penting... tanpa kita sedar, masa berlalu dengan pantas dan semalam adalah sejarah untuk kita, esok adalah perancangan yang belum pasti berhasil juga untuk kita. Masa... itu lah satu nikmat tuhan yang tidak boleh ditukar ganti. Masa yang berlalu itu terlampau jauh dan tidak mungkin akan dapat bersua semula.

Firman Allah di dalam surah al-'asr yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran...


Para ulama' berbeza pendapat dalam mentafsirkan perkataan "al-asr"..sebahagian mentafsirkan sebagai waktu asar dan sebahagian lagi yang mana pendapat yang rajih mentafsirkan 'al-asr' sebagai 'masa'..

Allah S.W.T telah bersumpah demi 'masa'..dimana sumpahan ini menunjukkan bahawasanya masa adalah sangat penting dan amat berharga serta bernilai dalam kehidupan manusia.


Sesungguhnya rugilah manusia itu kecuali mereka yang:
1- beriman
2- beramal soleh
3- berpesan2 dengan kebenaran
4- berpesan2 dengan kesabaran


Bukanlah niat saya untuk mentafsir serta menghurai surah ni bahkan saya tidak layak sama sekali memandangkan saya bukanlah ahli dalam ilmu tafsir ini..apa yang cuba saya nukilkan adalah rase kekecewaan dan perasaan hampa terhadap diri sendiri jua orang sekeliling tentang PENGABAIAN terhadap harga dan nilaian MASA yang dianugerahkan kepada kita.

P.U.N.C.T.U.A.L
Kita sering mendengar pepatah melayu mengatakan 'masa itu emas'..pepatah arab pula mengatakan 'al-wakt kassoif'-masa ibarat pedang..apabila kita tidak memotongnya..ia akan memotong kita..dan cendekiawan barat pula mengatakan 'time is money'-masa ibarat duit..

Begitu penting M.A.S.A ni... semua mnusia dikurniakan 24 jam... x ade lebih dan kurang... masa itu anugerah Ilahi untuk kita hambanya menikmati dan menghargai setiap detik bermula dari terbit fajar hingga terbit fajar keesokkan harinya. Moga masa yg dikurniakan digunakan sebaik2nya...


Tips untuk mereka yang menghargai masa:


Sambil2 menunggu dan menunggu..tidak kirala apa yang ditunggu..lazimi lisan dengan zikrullah.. bukan dengan sumpah seranah..kerana dengan mengingati Allah jiwa akan menjadi tenang!.. penuhi masa yang terluang dengan pahala yang berlipat ganda..bukan dengan dosa kerana kutukan serta makian yang diucapkan..insyaAllah..selamat beramal!!



Moga hari ni lebih baik dr semalam... dan esok lebih baik dr hari ni.... Selalulah berusaha untuk memperbaiki diri... Masa makin berlalu.... umur kite makin berkurang di dunia ni... dan semakin hampir hari tuk kite menghadap Ilahi....




0 comments:

Related Posts with Thumbnails