Sunday, December 28

.:: SaLaM Ma'aL HijraH 1430H ::.

Pejam celik pejam celik... sekejap je mase ni berlalu... macam2 peristiwa telah berlaku ke atas diri kite sendiri, famili kite, saudara mara kite dan tak kire la sape2 pon. Ape yg telah berlaku, sume ade hikmahnye. Yang baik kite amik teladan yg buruk kite jadikan sempadan.



MUHARRAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Doa akhir tahun disunatkan dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.


Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:
“Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun.”
Doa awal tahun dibaca selepas masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah dimana tahun baru Islam bermula selepas waktu Maghrib.

Salam Maal Hijrah buat semua insan yg mengamalkan hidup seorang Islam. Marilah kita bermuhasabah diri pada hari ini, menyerahkan diri kepada Allah. Kalau org Islam sendiri tidak menghargai hari ini, siapakah lagi yg ingin memperingati hari indah ini. Jangan lupa berpuasa dan solat sunat pada hari kesepuluh Muharram.


0 comments:

Related Posts with Thumbnails