Wednesday, December 10

PenGaJaRaN daRipada HaRi RaYa AidiLaDHA...

Allahuakbar.... Allahuakbar.... Allahuakbar.....

Sayu rasenye bile mendengar takbir raya...
Hari Raya Aidiladha... hari kebesaran umat Islam... hari yg t'kandung byk pengajaran untuk kite ambil....
Alhamdulillah... syukur kepadaMu Ya Allah... kerana smpai hari ni saya masih diberi nikmat untuk bernafas dan menyambut hari yang penuh berkat ni... Walaupun kemeriahan hari raya Aidiladha tidaklah semeriahan hari raya aidilfitri... saya jugak tertanya-tanya kenapalah ni yg terjadi... Bagi pendapat saya, mungkin di hari raya Aidifitri, kite sume akan saling kunjung-mengunjung dr rumah ke rumah... itu membuatkan suasana menjadi begitu meriah.... berbanding hari raya Aidiladha, ada sebilangan ahli keluarga kite pegi mengerjakan haji di Mekah dan yg meraikan hari raya di sini, mengadakan korban binatang al-'anm untuk beribadat kpd Allah bertujuan menghampirkan diri kepada Allah....

Sebenarnya byk pengajaran yg kite sume bole ambil drp hari Raya Aidiladha... Skrg kire2 3 juta umat Islam mengerjakan haji di Mekah.... Haji ialah pergi ke Baitullah di Mekah untuk melakukan ibadah tertentu pada waktu t'tentu mengikut syarat2 t'tentu... Masih ku ingat istilah ni ketika mula2 mempelajari topik haji dalam subjek Syariah Islamiah mase form 4 yg diajar oleh ustazah Eg Raziah yg ku sayangi walaupun beliau seorang yg tegas, mmg diakui sume pelajar di SHAMS... Nasihat beliau kepada kami, ingat topik haji ini smpai MaTi.... [asif... sy x dpt penuhi permintaan ustazah, skrg sy hnya igt2 lupe... "teruknya aku ni"]


Semua org yg berkemampuan pegi ke Mekah tanpa mengira warna kulit, bangsa, pangkat, dan negara... semua menuju ke sana dgn tujuan yg sama... ini membawa penyatuan ummah... Semua bersaudara...lihatlah betapa rmainya saudara mara kite...

Ingatkah kite pada sejarah pd zaman nabi dahulu... Daripada surah Ash Shaaffaat, ayat 102 hingga 109 yg banyak memberi pengajaran kpd kite smua...

"Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: "Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahwa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!" Ia menjawab: "Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar."
Tatkala keduanya telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya atas pelipis(nya), (nyatalah kesabaran keduanya ).
Dan Kami panggillah dia: "Hai Ibrahim,
sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu. sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik.
Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata.
Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar
Kami abadikan untuk Ibrahim itu (pujian yang baik) di kalangan orang-orang yang datang kemudian,
(yaitu)"Kesejahteraan dilimpahkan atas Ibrahim."
Surah Ash Shaaffaat, ayat 102-109


Lihatlah... betapa besarnya pengorbanan seorang nabi..yg sanggup melakukan apa sahaja untuk mentaati perintah Allah...

Byk perkara yg memerlukan pengorbanan... Antara perkara biase berlaku... Seorang pelajar kecewa bile mengalami kegagalan, pemimpin hilang kewibawaannya, pengurus gagal dlm sesuatu pengurusan, negara dijajah oleh penjajah... Sume perkara ni selalu berlaku dlm kehidupan kite sehariaan... Sebagai seorang hamba yg dikurniakan akal fikiran, pasti kite berusaha untuk mencari jln penyelesaian. Setiap penyelesaiaan memerlukan pengorbanan. Pengorbanan dari segi pelbagai aspek.. Pengorbanan dr segi harta, masa, wang ringgit mahupun jiwa raga... Pengorbanan yg dilakukan hanya utk mengharapkan keredhaan Allah...

Saya mengingatkan sahabat2 dan juga diri yg terlalu dhaif ni... tanya la kpd diri kite, sudah berapa banyakkah pengorbanan kite yg telah lakukan??? Pengorbanan kite atas dasar ape??? Stiap org ade kelebihan dan kelemahan... Ape yg baik, kite istiqomah dan ape yg kurang,kite perbaiki supaya kite smua tergolong org2 yg sentiasa berusaha ke arah kebaikan... Di hari yg mulia ni, marilah kite same2 memperbanyakkan tarbiyyah, tahmid dan zikir supaya hati ni sentiasa dikurniakan ketenangan dan kebahagiaan...

0 comments:

Related Posts with Thumbnails